Skip to main content

Tun Dr Mahathir Lawan Najib Di Mahkamah Pada 6 Ogos Ini.


Semakan kehakiman Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Khairuddin Abu Hassan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai keputusan kes saman pejabat awam yang difailkan terhadap mantan perdana menteri Datuk Ser Najib Razak kini ditetapkan pada 6 Ogos.

Dr Mahathir dan peguam Mohd Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Khairuddin berkata hari ini berlangsung sesi pengurusan kes di mahkamah berikutan permohonan Mahathir dan Khairuddin memfailkan semakan pada 26 April lalu.

"Peguam Najib, Caleb Goh daripada Tetuan Hafarizam Wan Aisha dan Mubarak, telah meminta lanjutan masa untuk menyediakan afidavit jawapan terhadap semakan itu," kata Haniff.

Berikutan itu, pendaftar Mahkamah Persekutuan Wan Fatimah Zahra Wan Yusuf telah menetapkan 6 Ogos ini bagi mendengar semakan kes berkenaan.

Dilaporkan pada 27 Februari 2018, anggota panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif menolak permohonan kebenaran rayuan saman misfeasans Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berhubung dakwaan salah guna kuasa dalam jawatan awam ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ia selepas Mahkamah Tinggi memutuskan pada 28 April 2016 bahawa Najib bukan pegawai awam.

Pada 30 Ogos tahun lalu, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi bagi menolak kes saman tersebut.

Panel tiga anggota Mahkamah Rayuan menegaskan keputusan Mahkamah Tinggi yang bersetuju bahawa Najib tidak boleh dianggap sebagai penjawat awam, dan saman RM2.642 bilion tidak mempunyai merit.

"Kami bersetuju dengan keputusan hakim (Mahkamah Tinggi). Tiada merit dalam rayuan itu. Kami mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi," kata Hakim Tan Sri Idrus Harun yang mengetuai panel berkenaan.

April tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membatalkan saman misfeasans oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua lagi ini.

Hakim Abu Bakar Jais memutuskan bahawa Najib, sebagai perdana menteri, bukan seorang penjawat awam.

Abu Bakar membuat keputusannya berdasarkan Akta Interpretasi, di mana perdana menteri, menteri-menteri, timbalan menteri dan setiausaha politik tidak dianggap sebagai pegawai awam tetapi hanya sebagai anggota pentadbiran. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...