Skip to main content

Tuanku Tak Kenal Saya, Saya Pernah Jadi Chairman Besar-Besar, Ismail Kassim Adik Shahidan Kassim


Datuk Ismail Kassim yang juga adik kepada Pengerusi BN Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim menafikan beliau menjadi boneka kepada mana-mana pihak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambun Tulang itu berkata Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail tidak benar-benar mengenali dirinya kerana beliau pernah menjadi pengerusi di Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

“Tuanku tak kenal saya, saya pernah jadi chairman besar-besar, saya bukan jadi pegawai tadbir diplomatik, tapi chairman suruhanjaya. Suruhanjaya besar ini di bawah Agong.

“Saya the only chairman yang dapat kuasa eksekutif daripada perdana menteri pada masa itu. Saya dapat kuasa eksekutif maknanya saya tak pernah refer perdana menteri atas setiap keputusan yang saya ambil dan buat.

Sidang media bersama lapan ADUN

“Kalau waktu itu perdana menteri bagi kuasa eksekutif itu percaya ke tak percaya. Maknanya seperti tender projek dia bagi dekat saya, saya tak boleh refer kat perdana menteri,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Hotel Sri Pacific, Kuala Lumpur.

Ismail berkata pelantikannya sebagai pengerusi SPAN sebelum ini itu juga bermakna karisma dan kredibilitinya dipercayai pada masa itu.

Beliau menjadi pengerusi SPAN dari November 2011 hingga Disember 2016.

Sidang media itu turut dihadiri lapan ADUN BN Perlis yang lain.

Terdahulu, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah, baginda tidak melantik Ismail yang dinamakan BN sebagai calon menteri besar kerana bimbang pentadbiran kerajaan negeri menjadi boneka yang boleh dikawal pihak lain.

Sebelum ini Shahidan yang juga Pengerusi BN Perlis telah menamakan adiknya Ismail, sebagai calon menteri besar baru.

Mengulas perkara itu, Ismail berkata tidak timbul isu boneka itu memandangkan beliau sudah menarik diri daripada menjadi calon menteri besar BN.

“Tuanku kaitkan saya tentang kerahsiaan dan boneka, saya dah tarik diri dah. Tak timbul soal boneka.. tak timbul Datuk Seri Shahidan Kassim nak bagi kat adik dia tak timbul dah, adik bongsu ke, adik sulung ke tak timbul, tak timbul bawah ketiak (abang).

“Tak timbul soal boneka, itu soal alasan kalau diberi kepercayaan dicuba, bila kita angkat sumpah kerahsiaan kita rasa dalam diri kita diberi satu amanah yang penting,” katanya. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...