Skip to main content

Tak Pernah Terlintas Umno Akan Jadi Pembangkang.


Mengimbas kembali keadaan sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14), Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Hasni Mohammad mendedahkan tiada tanda-tanda perubahan akan berlaku di negeri Umno sehinggalah pengundi keluar mengundi.

Hasni berkata Umno Johor menjangkakan hilang beberapa kerusi tetapi tidaklah sampai tumbang di pusat pentadbiran Kota Iskandar.

“Kami punya rekod baik mentadbir kerajaan negeri, jadi kami fikir kami boleh menang.

"Tak pernah terlintas di fikiran kami akan berakhir sebagai pembangkang," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini.

Hasni berkata semua anggota Umno mesti memikul tanggung jawab kekalahan BN ketika mengulas soalan jika bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak patut dipersalahkan kerana gabungan itu kalah kerajaan persekutuan dan tujuh negeri.

Hasni turut berkata beliau bersetuju Najib melepaskan jawatannya sebagai presiden dan pengerusi BN.

Hasni berkata Tun Abdullah Ahmad Badawi diminta mengosongkan jawatannya selepas kekalahan BN pada pilihan raya umum 2008.

"Malahan, ketika kita kehilangan majoriti (dua pertiga) kita (dalam parlimen), Pak Lah (Abdullah) diminta pergi, apatah lagi pula apabila kita kehilangan kawalan kerajaan persekutuan dan negeri.

"Tak perlu disebut, Najib memang perlu letak jawatan," katanya.

Sebelum PRU14, Hasni berkata BN Johor telah memujuk kerajaan persekutuan untuk memasukkan lebih banyak insentif kepada kerajaan negeri dalam manifesto BN untuk meredakan ketidakpuasan penyokong tempatan.

"Kami menyatakan dengan jelas bahawa manifesto (BN) itu mesti memberi kami banyak bantuan kerana kami tahu cabaran kami adalah (isu-isu mengenai) kepimpinan persekutuan.

Hasni menegaskan bahawa manifesto BN berjanji untuk memperluaskan Lebuhraya Utara-Selatan (bahagian Yong Peng ke Johor Bahru), keretapi berkelajuan tinggi Kuala Lumpur-Singapura dan Sistem Transit Rapid Johor Bahru-Singapura.

Walau bagaimanapun, beliau berkata janji-janji ini tidak dapat mengimbangi kegagalan bekas kerajaan BN dalam menangani skandal utama negara.

"Kami tidak dapat mempertahankan isu di peringkat persekutuan seperti 1MDB, Mara, Felda malah Tabung Haji. Ini semua isu peringkat persekutuan dan ia juga mempengaruhi pengundi di Johor.

"Bukanlah kerana orang menganggur selama bertahun-tahun atau mereka mengundi (HARAPAN) agar tidak membayar PTPTN (pinjaman pendidikan tinggi) dan bukan kerana orang tidak mempunyai makanan untuk dimakan.

"Ini semua mengenai isu-isu yang tidak diuruskan dengan betul dan ini tidak serasi dengan (kehendak) pengundi," katanya.

Pada pilihan raya umum 9 Mei, Hasni berjaya mempertahankan kerusi DUN Benut untuk kali ketiga, walaupun dengan majoriti yang lebih kecil.

Beliau menang dengan majoriti 4,447 berbanding calon BERSATU Zulkifly Tasrep dan PAS Mohd Firdaus Jaafar.

Pada pilihan raya 2013, Hasni menang kerusi itu dengan majoriti 6,572 undi.

Daripada 56 kerusi DUN, BN hanya menang 19 berbanding 38 pada pilihan raya sebelumnya. Bagi kerusi Parlimen di Johor, gabungan itu memenangi lapan berbanding 21 sebelum ini. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...