Skip to main content

Sis Ini 'Pembaris' Ke? Lurussss Sangat. Mohon Jadi 'Pembaris' - Syed Saddiq


Bermula dengan ciapan ringan dan mengusik, Ketua Pemuda BERSATU Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kemudian seakan-akan disergah pemimpin Puteri Umno.

Ia berpunca daripada ciapan mengenai perlawanan akhir Liga Juara-juara Eropah yang ditayangkan secara langsung di TV awal pagi tadi.

Syed Saddiq - yang menyokong Real Madrid - menciap secara sinis di Twitter meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 'menyiasat' penjaga gol Liverpool.
 

Gurauan itu berpunca daripada prestasi hambar Loris Karius melepaskan dua gol muda untuk pasukan lawan.

Kemudian pagi tadi - atau kira-kira tujuh jam selepas ciapan Syed Saddiq dibuat - Exco Puteri Umno Malaysia Dira Abu Zahar membalas dengan ayat agak menikam.
 

"Yang berhormat? Or more like yang budak- budak (Atau lebih kepada yang budak-budak)," ciap Dira yang juga pernah menjadi pelakon itu.

Untuk rekod Syed Saddiq ialah anggota parlimen Muar selepas memenangi kerusi parlimen berkenaan dengan mengetepikan pemimpin lebih berpengalaman Datuk Razali Ibrahim pada 9 Mei lalu.

Bagaimanapun Dira tidak dicalonkan mewakili BN pada PRU14.

Memberikan reaksi kepada ciapan Dira, Syed Saddiq, 25, sebaliknya memberikan jawapan bersahaja dan masih dalam bentuk gurauan.
 

"Sis (Akak) ni 'pembaris' ke? Lurussss sangat. Mohon jadi 'pembaris' juga bila menegakkan keadilan. Salam Ramadhan," ciap Syed Saddiq.

Kenyataan itu bertujuan mengusik Dira, 34, kerana dianggap naif semasa menanggapi ciapan terdahulunya.

Dalam perlawanan mendebarkan di Kiev, Ukraine mulai jam 2.45 pagi tadi (waktu Malaysia) Liverpool diaibkan dengan kekalahan 1-3 di tangan kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid.

Gol pertama Real Madrid dijaringkan oleh Karim Benzema manakala baki dua lagi oleh pemain antarabangsa Wales, Gareth Bale.

Salah satu gol itu dianggap antara tercantik dalam sejarah persaingan Liga Juara-juara, manakala dua lagi terhasil daripada sikap cuai Karius.

Kemenangan itu juga membolehkan skuad bimbingan Zinedine Zidane itu menjulang piala berkenaan untuk tahun ketiga berturut-turut.

Sebaliknya Liverpool terpaksa menelan kepahitan kerana kejayaan mereka merangkul kejuaran itu ialah pada 13 tahun lalu. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...