Skip to main content

Siapa Ketua Pembangkang Barisan Nasional.


PRU14 yang baharu sahaja melabuhkan tirainya pada awal bulan ini menyaksikan pelbagai polemik menarik telah tercetus di antara setiap parti politik bertanding rentetan daripada kegagalan BN untuk mengekalkan pemerintahan di dalam tampuk pentadbiran kerajaan.

Lebih mengejutkan, BN turut mengalami kekalahan di beberapa negeri yang selama ini dianggap sebagai kubu kuat mereka antaranya seperti Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Kedah, dan Sabah.

Di samping itu, Pakatan Harapan (Harapan) juga dilihat mengukuhkan lagi cengkaman mereka di Selangor dan Pulau Pinang selepas memperolehi kemenangan berganda di dua negeri tersebut sekali gus menafikan kemenangan BN di sana.

Jika diimbas kembali perjalanan politik di Selangor ketika PRU13 lalu, BN pada waktu itu mempunyai sebanyak 12 kerusi Dun manakala gabungan Pakatan Rakyat (PR) yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS pula memenangi baki 44 kerusi lain.

Namun begitu, pada PRU14 kali ini, jumlah kerusi dimenangi BN menyaksikan pengurangan drastik apabila parti itu hanya mampu memiliki sebanyak empat kerusi Dun dan dua kerusi Parlimen.

Kekalahan teruk BN di Selangor pada kali ini menyaksikan penolakan rakyat terhadap parti itu walaupun mereka tampil dengan misi untuk wajib menang di negeri tersebut dengan memberi beberapa tawaran menarik kepada pengundi.

Selain BN, Pas yang mengambil pendekatan untuk bersendiri dan bertanding di bawah gabungan Gagasan Sejahtera pada PRU14 kali ini juga turut terkesan apabila mereka hanya berjaya memenangi satu kerusi di Dun Sijangkang pada kali ini.

Ramalan beberapa penganalisis politik sebelum ini yang beranggapan bahawa tindakan Pas bergerak bersendirian hanya akan menyebabkan berlakunya pecah undi dan memberi kelebihan buat BN di Selangor ternyata meleset apabila Harapan dilihat tidak sedikit pun terkesan malah turut mendominasi kebanyakan kerusi Dun di negeri ini.

Namun begitu, di sebalik kemenangan besar Harapan di Selangor, kem pembangkang turut menjadi tumpuan masyarakat selepas ini yang menantikan susuk figura yang berkelayakan untuk diangkat sebagai ketua pembangkang di Sidang Dun selepas ini?

Menerusi keputusan pada kali ini, calon BN yang memenangi kerusi Dun di Selangor adalah Rizam Ismail (Sungai Ayer Tawar), Imran Tamrin (Sungai Panjang), Rosni Sohar (Hulu Bernam) dan Shamsuddin Lias (Sungai Burung).

Jika diperhalusi, dua calon BN yang menang dalam PRU14 lalu terdiri daripada muka lama manakala dua lagi merupakan pendatang baharu dalam arena politik tanah air.

Berdasarkan ‘hierarchy’, Rosni Sohar dan Shamsuddin Lias dilihat calon yang berkelayakan untuk diangkat sebagai ketua pembangkang di dalam Sidang Dun nanti susulan daripada pengalaman dimiliki mereka sebelum ini.

Pemilihan dua calon ini juga dilihat mampu untuk mengimbangi suara pembangkang di dalam sidang Dun kelak berikutan jumlah mereka kini lebih kecil berbanding penggal selepas PRU13 lalu.

Sekiranya BN meletakkan calon muda, ia di bimbangi akan menjadi senjata memakan diri susulan daripada calon mereka yang kekurangan pengalaman dan pendedahan.

Namun begitu, BN pada kali ini dilihat boleh bekerjasama dengan wakil rakyat dari Pas, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi yang memenangi kerusi Dun Sijangkang dengan memperolehi undian majoriti sebanyak 1,677.

BN boleh menggunakan pengalaman dimiliki Ahmad Yunus yang pernah berada di dalam pentadbiran Exco Kerajaan Selangor sebelum ini bagi memperjuangkan sesuatu isu atau masalah khususnya melibatkan rakyat di negeri ini.
Harapan perlu adil

Selain BN, Harapan juga perlu memastikan mereka memainkan peranan sebagai kerajaan negeri dengan sebaiknya selepas sekali lagi diberi mandat oleh rakyat untuk mentadbir Selangor sepenggal lagi.

Malah, kerajaan Harapan di Selangor juga perlu terus menyuburkan amalan demokrasi di negara ini dengan tidak mengabaikan peruntukkan Adun pembangkang seperti yang dilakukan mereka sebelum ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada Februari lalu pernah menyatakan bahawa kerajaan negeri ini sentiasa berpegang kepada prinsip demokrasi dalam menyalurkan peruntukan kepada wakil rakyat demi menghormati pilihan yang dibuat pemilih dalam setiap pilihan raya.

Beliau menegaskan, perkembangan itu membuktikan bahawa Selangor merupakan satu-satunya negeri yang menyalurkan peruntukan kepada pembangkang berbanding kerajaan lain di negara ini.

Kenyataan Mohamed Azmin itu menunjukkan indikasi jelas bahawa Kerajaan Selangor berkemungkinan bakal meneruskan pemberian peruntukan kepada Adun pembangkang selepas ini bagi menghormati pilihan rakyat.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib ketika dihubungi Sinar Harian memaklumkan bahawa Selangor perlu menyuburkan budaya politik berhemah dan membina kerajaan bersepadu yang kuat dengan melibatkan wakil rakyat dari blok alternatif.

Beliau berkata, pemerkasaan profesionalisme politik blok alternatif dan juga pihak kerajaan sedia ada perlu diimplementasikan bagi mewujudkan persaingan kerja yang produktif.

“Malah, jika boleh wujudkan institut pemerkasaan wakil rakyat supaya wakil rakyat dan para pegawai mereka dapat di berikan panduan khusus berkaitan hal ehwal dan asas bernegeri serta perundangan nya,”katanya. - Sinar Harian

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...