Skip to main content

Sampai Hati Kau Orang.. Tinggalkan 7 Anak-Anak Selama 6 Bulan.


KEDAH-Sebak hati apabila melihat keadaan tujuh beradik ini ditinggalkan oleh ibu dan ayah mereka disebuah rumah tanpa sebarang wang saku untuk pembelanjaan seharian.

Menurut anak sulung daripada tujuh beradik ini,ibunya tidak pulang ke rumah sudah enam bulan,manakal ayahnya sudah tiga minggu meninggalkan mereka tujuh beradik tanpa sebarang sebab.

Kesemua mereka berusia diantara 17 hingga 3 tahun.Si abang lah kini mengambil alih tanggungjawab ayahnya untuk menguruskan adik-adik sedangkan dia perlu menduduki SPM tidak lama lagi.Pengorbanan yang dilakukannya amat besar dengan mengambil keputusan untuk berhenti sekolah demi menjaga adik beradik yang lain.

Walau bagaimanapun,masih ada lagi insan-insan yang berhati mulia menhulurkan bantuan kepada mereka dengan membelikan keperluan makanan seperti minyak masak,beras,telur dan sebagainya.Dengan sedikit bantuan ini dapat lah meringankan seedikit beban mereka.

Bagi orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan seperti baju raya,keperluan sekolah dan lain-lain boleh lah berkunjung sendiri ke rumah mereka di No.23 Taman Kampung Raja,Sungai Petani,Kedah.Lokasinya berdekatan dengan masjid Kampung Raja.

Semoga dengan sedikit bantuan yang dihulurkan kepada mereka dapat mengembirakan hati dan mengurangkan beban yang digalas oleh anak sulung tujuh beradik ini.Diharap juga tujuh beradik ini terus tabah mengharungi liku-liku kehidupan meskipun tanpa ibu dan ayah di sisi.Semoga Allah memberkati kita semua.Editor-Sofia








Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut