Rumah Dan Pejabat Abdul Azeez Diserbu SPRM


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan serbuan ke atas rumah dan pejabat Ahli Parlimen Baling yang juga Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, malam tadi.

Pengarah SPRM Perlis, Mohd Shukor Mahmud, ketika dihubungi hari ini mengesahkan serbuan berkenaan.

"Tindakan oleh SPRM Putrajaya, SPRM Perlis hanya membantu. Saya tidak pasti sama ada Azeez ditahan atau tidak.

"Kes apa beliau disiasat, itu kena rujuk Putrajaya. Kes ini bawah Putrajaya, boleh rujuk Pengarah Kanan (Risikan)," katanya.

Sementara itu, menurut sumber, serbuan berkenaan adalah untuk membantu siasatan kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

"SPRM Putrajaya dengan dibantu SPRM Perlis menyerbu rumah dan pejabat di Baling, malam tadi.

"Difahamkan, kes berkenaan dibawa ke Putrajaya untuk siasatan lanjut," katanya.

Ia Mungkin melibatkan Duit Tabung Haji mengenai pembelian tanah RM188.5 juta daripada 1MDB, ia tetap akan dilihat sebagai satu lagi tipu daya untuk menyelamatkan IMDB pada tahun 2015.

Sebelum ini pakatan harapan pernah mendesak kerajaan Barisan Nasional memberi penjelasan apakah benar Lembaga Tabung Haji (TH) membeli RM1.6 bilion Sukuk 1MDB Bandar Malaysia sebelum membeli plot tanah di Tun Razak Exchange (TRX) yang menjadi pertikaian.