Skip to main content

Najib Ucap Tahniah Kepada Guan Eng Umum Hutang RM 1 Trilion Takutkan Pelabur.


Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menyindir dengan mengucapkan tahniah kepada kerajaan baru HARAPAN kerana menakutkan pasaran saham dan pelabur secara tidak perlu ekoran pengumuman hutang negara RM1 trilion.

Najib mendakwa ini membawa kepada kejatuhan bursa saham minggu ini, selama 14 hari berturut-turut aliran keluar modal asing.

"Kenyataan (hutan RM trilion) itu menyebabkan kerugian sebenar kepada pelabur pasaran saham dan GLIC seperti KWSP, KWAP, Khazanah dan Tabung Haji.

"Saya harap dan berdoa agar menteri-menteri kerajaan lebih berhati-hati dalam membuat kenyataan pada masa akan datang," tambahnya pada hantaran terbaru Facebook bertajuk "The 'spade' had always been called a spade."

Najib, yang juga bekas menteri kewangan, berkata beliau gembira kerana Menteri Kewangan yang baru Lim Guan Eng memilih untuk mendedahkan hutang kerajaan persekutuan rasmi.

Semalam Lim Guan Eng dedah Hutang Negara mencecah RM1.08 trilion atau 80.3 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia setakat 31 Disember 2017.

Menurut Menteri Kewangan Lim Guan Eng, dari jumlah itu, RM686.8 bilion merupakan hutang kerajaan persekutuan bersamaan 50.8 peratus dari KDNK.

“Tambahan, kerajaan komited untuk membayar hutang Jaminan Kerajaan dalam beberapa entiti yang tidak mampu membayar hutang. Ia merangkumi RM199.1 bilion atau 14.6 peratus berbanding KDNK,” katanya dalam kenyataan.

Jaminan kerajaan termasuk entiti seperti Danainfra Nasional Bhd (RM42.2 billion), Govco Holdings Bhd (RM8.8 billion), Prasarana Malaysia Bhd (RM26.6 billion), Malaysia Rail-link Sdn Bhd (RM14.5 billion) dan 1MDB dengan jangkaan RM38 bilion.

Hutang itu mencecah angka RM1 trilion apabila kerajaan persekutuan komited untuk melakukan bayaran pajak, termasuk sewaan, penyelenggaraan dan caj lain, bagi sebahagian besar projek Kerjasama Awam Swasta (PPP).

Ia termasuk pembinaan sekolah, hostel, jalan raya, balai polis, hospital dan lain-lain, melibatkan jumlah hutang RM201.4 bilion atau 14.9 peratus berbanding KDNK.

Guan Eng berkata kerajaan akan sentiasa meletakan kepentingan rakyat sebagai keutamaan dalam menyelesaikan bebanan hutang negara.

“Kita lebih rela berdepan realiti pahit ini berbanding membisu dan membiarkan ia terbongkar kemudian hari.

“Asas ekonomi kita masih kukuh, sektor kewangan stabil dan sektor perbankan mempunyai modal cukup.

“Kerajaan akan melaksanakan pentadbiran berdasarkan prinsip Berdaya Saing, Akauntabiliti, dan Telus (CAT),” Katanya sebagai menjawab kenyataan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib dalam kenyataan media berkata pembongkaran oleh kementerian kewangan berkaitan kedudukan hutang negara hanya mencetuskan kegusaran pasaran dan ketakutan pelabur.

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...