Najib Razak Tiba Di Ibu Pejabat SPRM


Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada jam 9.40 pagi.

Beliau hadir untuk memberi keterangan berhubung SRC International yang merupakan anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dan ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.

Perkembangan hari ini adalah susulan sepasukan pegawai SPRM berkunjung ke rumah Najib di Taman Duta pada Jumaat lepas untuk menghantar notis meminta Ahli Parlimen Pekan itu hadir ke pejabat SPRM untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Sejak awal pagi, media tempatan dan antarabangsa berada di perkarangan ibu pejabat SPRM bagi membuat liputan.

Dalam pada itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dijangka mengadakan sidang media pukul 11.30 pagi ini. - Astro AWANI