Skip to main content

Jumlah Hutang Negara Cecah Paras RM1 Trilion


Kerajaan tidak akan menambah pegawai atau menubuhkan institusi baru untuk mencapai matlamat negara, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebaliknya, beliau berkata institusi sedia ada akan digunakan sepenuhnya dengan lebih efisien tanpa meningkatkan kos negara.

"Kita yakin dengan ilmu pengetahuan yang ada pada pentadbir sendiri dan kerajaan yang telah dipilih sendiri oleh rakyat, kita boleh membuat perubahan dengan tidak meningkatkan kos pentadbiran negara," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan dengan warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dataran Putra, Putrajaya hari ini.

Ini adalah perjumpaan pertama Dr Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan dengan warga JPM selepas dilantik sebagai perdana menteri ketujuh pada 10 Mei lalu, susulan kemenangan pakatan itu pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Perdana Menteri berkata pelbagai perubahan dalam pentadbiran akan dilaksanakan namun ia hanya akan dilakukan setelah dikaji secara mendalam memandangkan maklumat yang ada ketika ini belum mencukupi.

Dr Mahathir berkata Malaysia mampu menghadapi pelbagai cabaran jika terus berpegang pada prinsip-prinsip pentadbiran demokrasi.

"Kita boleh lawan seluruh dunia dan ini telah kita buktikan apabila mata wang kita diserang (krisis kewangan 1997/1998), kita dapat hadapi masalah yang besar ini kerana kita bekerja ke satu arah sahaja (iaitu) untuk mempertahankan negara kita," katanya.

Katanya, Malaysia juga berjaya diubah daripada negara pertanian kepada negara perindustrian tanpa timbul banyak masalah besar.

Bagaimanapun kata beliau selaku negara perindustrian, Malaysia memerlukan pentadbir yang mempunyai pengetahuan luas bagi menangani permintaan-permintaan berasaskan teknologi baharu yang tinggi.

"Jika kita tidak faham teknologi ini maka kita tidak dapat memberi perkhidmatan kepada pelabur-pelabur. Sebab itu kita perlu meningkatkan keupayaan dan ilmu pentadbir-pentadbir khususnya di JPM," kata Dr Mahathir.


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sebagai sebuah negara demokrasi, aspek pemisahan kuasa antara eksekutif, legislatif dan kehakiman amat penting bagi memastikan salah urus tadbir tidak berlaku.

Ini merupakan perhimpunan bulanan pertama Mahathir sejak kembali sebagai perdana menteri.

Beliau juga mendakwa jumlah hutang negara kini telah mencecah paras RM1 trilion, berbanding RM300 bilion pada masa dulu.
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berikrar mengembalikan kegemilangan pentadbiran negara, yang menurutnya suatu ketika dulu pernah dianggap yang terbaik di kalangan negara Komanwel.

Dalam perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri, beliau menyuarakan kekecewaannya apabila pentadbiran negara "tidak lagi dipandang tinggi" negara lain.

Ini merupakan perhimpunan bulanan pertama Mahathir sejak kembali sebagai perdana menteri.

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...