Skip to main content

Gara-gara Ketagih Judi,Anak Sanggup Bahayakan Keselamatan Ayahnya


KUALA LUMPUR- Dasar anak derhaka!! Itu lah perkataan yang sesuai di lontarkan terhadap seorang anak yang dipercayai ketagih judi sanggup mengadaikan nyawa bapa kandungnya kepada Ahlong.

Lelaki yang dipercayai berusia dalam lingkungan 30-an ini telah mengarahkan supaya Ahlong memcari dan menuntut bayaran hutang daripada ayahnya setiap kali dia kalah dalam pertarungan judi.

Oleh sebeb itu,bapanya telah menerima pelbagai ugutan daripada samseng dengan menghubunginya supaya menjelaskan bayaran hutang.

Pada 12 Mei yang lalu,dua orang samseng menaiki sebuah kereta model Perodua Myvi telah bertindak membaling risalah kepada mangsa dengan tujuan supaya mangsa menjelaskan hutan anaknya.

Mangsa dikenali sebagai Foong,64,berkata ianya berpunca dari ketagihan anak sulungnya suka bermain judi.

Menurut bapa malang ini,dia bukan tidak menyayangi anaknya itu tetapi perkara yang sama sudah berlarutan selama 10 tahun lamanya dan disebabkan itu dia terpaksa mengeluarkan RM400,000 bagi menyelesaikan hutang-hutang anaknya.

Foong mendakwa bahawa anak derhaka itu telah memuat pinjaman kepada Ahlong untuk bermain judi,dan kemudian dia memberitahu kepada Ahlong supaya memgutip semula wang kepadanya sedangkan Foong tiada kaitan di dalam hal ini.

Apa yang membuatkan Foong mudah di jejaki adalah kerana anaknya itu telah memberikan segala maklumat peribadi Foong dan anak-anak yang lain kepada Ahlong.

Namun,disebabkan tidak tahan dengan perkara itu Foong telah membuangnya daripada keluarga sejak April lalu.

Foong berkata, dia sendiri tidak tahu di mana anaknya tinggal buat masa ini.Tambahnya,dia sudah membuat beberapa laporan polis berkaitan Ahlong yang sering mengugutnya dan keluarga.Foong juga tidak teragak-agak untuk membuat laporan sekali lagi sekiranya Ahlong mengganggungnya.

“Jangan ganggu dan cari saya, wang dipinjam anak saya, pergi cari dia, bukan saya,” katanya.

Perkara ini telah menarik perhatian dari Pengerusi Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata,pihak Ahlong seharusnya menuntut bayaran kepada si peminjam bukan keluaraganya.Editor-Sofia

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...