Skip to main content

Dulu Dia Ada Datang Lepas Kahwin Dengan Najib, Langsung Tak Pernah Datang Lagi.


Rosmah Mansor ialah isteri kepada  ekas Perdana Menteri Malaysia ke-6 Dato' Seri Haji Mohd Najib bin Abdul Razak namun beliau bukanlah isteri yang pertama bagi Najib. 

Beliau dilahirkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 1951. Beliau merupakan canselor Universiti Industri Selangor (UNISEL) semasa di era pemerintahan Umno/BN di Selangor dulu.

Rosmah juga mempunya seorang bapa saudara yang masih hidup iaitu satu-satunya bapa saudara Datin Seri Rosmah Mansor, Mustafa Katas, 85, yang masih tinggal dan menetap di Kampung Tanah Datar, Chengkau, di sini.

Ketika ditemui pemberita Sinar Harian, hari ini. Mustafa Katas, 85 berkata mereka sudah lama putus hubungan.

"Dah lama kami terputus hubungan.” Itu luahan satu-satunya bapa saudara Datin Seri Rosmah Mansor.

Mustafa yang merupakan adik bongsu kepada Allahyarham Mansor bagaimanapun ketika ditemui sudah mengalami masalah ingatan atas faktor usia.

Beliau kini dijaga oleh isterinya, Saodah Kassim, 79, menyatakan, sejak Rosmah menjadi wanita nombor satu negara dengan mengahwini Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau sudah tidak lagi pulang serta menjenguk mereka sekeluarga di kampung.

"Tak kisahlah... pak cik tetap juga pergi keluar mengundi... kalau ada terjumpa Rosmah di mana-mana sebelum terputus hubungan tu, Rosmah ada juga hulurkan pak cik duit sedikit... sekarang dah tak pulang-pulang lagi... dah tak ada apa-apa lagi,” katanya.

Bagi Saodah, walaupun tidak dikenalkan sebagai ibu saudara kepada Najib semasa menghadiri majlis kenduri di rumah ibu bapa Rosmah di Gedung Lalang, Seremban suatu masa dahulu, dia tetap merasa selesa dengan Najib berbanding Rosmah.

"Masa Rosmah berkahwin dengan suami pertamanya ada juga pulang ke kampung dan menjenguk kami beberapa kali. Lepas dah kahwin dengan Najib, langsung tak pernah datang lagi," katanya. - Astro AWANI

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...