Skip to main content

Apandi Diminta Letak Jawatan Secara Hormat Sebelum Dipecat Dan Dimalukan..


Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mendesak Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali meletak jawatan secara terhormat untuk mengelak daripada menerima tindakan dipecat yang memalukan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Lim mengingatkan Apandi bahawa beliau secara "tidak senonoh" masih memegang jawatannya selama tiga minggu sejak pilihan raya umum 9 Mei, lalu.

Menurut Lim, keputusan bersejarah pada hari tersebut membuktikan rakyat bukan sahaja tiada keyakinan terhadap perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, malah Apandi sendiri selaku peguam negara.

"Kebuntuan perlembagaan bermula apabila pertama sekali dia tidak sepatutnya dilantik sebagai AG pada Julai 2016," katanya.

Lim adalah anggota parlimen DAP ketiga yang meminta Apandi meletak jawatan, selepas Ramkarpal Singh (Bukit Gelugor) dan Gobind Singh Deo (Puchong).

Anggota Parlimen Iskandar Puteri itu juga menegaskan pada 23 Mei bahawa kedudukan Apandi tidak boleh dipertahankan.

Lim berkata Apandi tidak harus memperalatkan kelemahan perlembagaan untuk terus berkhidmat, sebaliknya tanpa berlengah memohon peletakan jawatannya.

"Apa yang Apandi fikir dia akan dapat dengan memanjangkan "kebuntuan" perlembagaan sedemikian?" soalnya.

Apandi, bekas hakim Mahkamah Persekutuan dilantik oleh Najib bagi menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail pada 28 Julai 2015 dengan kontrak selama tiga tahun.

Pada tahun 2016, beliau membersihkan bekas perdana itu daripada salah laku berhubung kemasukan berbilion ringgit dalam akaun bank peribadinya, yang mana siasatan antarabangsa mendapati ia berasal dari 1MDB.

Bagaimanapun, Najib mendakwa wang itu adalah derma daripada kerabat diraja Saudi dan menafikan salah laku atau mengambil wang awam untuk keuntungan peribadi. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...