Video Pekebun Sawit Ketakutan Bertembung Dengan Pak Belang



Penebangan hutan secara haram sangat berluas-luasa di negara kita sehinggakan habitat flora dan fauna terancam.

Viral baru-baru ini sebuah video yang berdurasi 48 saat ini di media sosial mengenai seekor harimau yang dikatakan berkeliaran di sebuah ladang kelapa sawit dan lokasi kejadian tidak dapat dikenalpasti.Video viral ini juga telah dirakam oleh seorang pekebun kelapa sawit yang dipercayai bertembung dengan haiwan berkenaan.Walau bagaimanapun, pekebun tersebut tidak diapa-apakan oleh harimau itu.

Sememangnya haiwan ini sudah hampir pupus disebabkan ada sesetengah pemburu yang tidak mempunyai lesen sewenang-wenangnya menembak haiwan yang digelar pak belang ini.

Mengapa ianya boleh berlaku ? Adakah kerana habitat asalnya di musnahkan oleh manusia demi mengaut keuntungan dunia tanpa memikirkan apa yang bakal berlaku kepada haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang berada didalam hutan tersebut.

Selagi hutan ada selagi itu manusia yang berhati tamak mahu mengondolkan nya dan membina rumah dikawasan tersebut demi kekayaan duniawi. Sekarang pak belang sudah menunjukkan dirinya siapa yang mahu kita persalahkan?

Semestinya haiwan ini mahu mencari makanan bagi mengisi perutnya yang kelaparan. Takkan mahu makan buah sawit? Sudah tentu mencari benda berdarah yang boleh dimakannya.

Ianya terjadi bukan sebab haiwan tersebut tetapi disebabkan sifat kerakusan manusia yang tamakkan harta. Jadi jika terjadi apa-apa jangan dipersalahkan pihak lain.

Semoga ianya menjadi pengajaran buat kita semua. Dunia semakin tenat. Manusia semakin gila menambah harta dunia tanpa berfikir apa yang bakal terjadi selepas itu.Editor : Bella