Remaja Hampir 'Diratah' Orang Minyak


KELANTAN- Seluruh penduduk Kampung Pengkalan Demit, Kubang Kerian,Kelantan terkejut apabila seorang remaja perempuan hampir menjadi mangsa pertama orang minyak yang semakin menjadi-jadi di dalam perkampungan itu.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku pada pukul 9 pagi mangsa yang dikenal sebagai Nik Anis Ashira Kamarulzaman, 17 dipercayai sedang menjemur pakaiannya di belakang kaasan rumahnya dan beberapa minit kemudian dia telah diserang daripada arah belakang oleh orang minyak tersebut.

Menurut remaja wanita itu, semasa kejadian berlaku dia telah ditarik dengan kasar dari arah belakang dan dibawa menuju ke bahagian ruang tamu rumah.

Tambahnya lagi, dia seperti dipukau dan tersedar apabila orang minyak tersebut bertindak mencekik leher manakala tangan,kaki dan perut telah diikat dengan tali supaya tidak dapat melarikan diri.

Ikatan kuat pada bahagian perut mengakibatakan dia sesak nafas,Kemudian remaja terbabit menjerit sekuat hati untuk meminta pertolongan,namun orang minyak berkenaan berjaya meloloskan diri.

Kamarulzaman Mat Yunus, 44 ayah mangsa berkata, bukan hanya anaknya sahaja yang diganggu malah tiga lagi anak jiran nya turut diganggu oleh orang minyak berkenaan.

Disebabkan itu, penduduk setempat telah bersepakat membuat rondaan pada setiap malam bagi menangkap orang minyak daripada menggangu anak dara didalam perkampungan tersebut.Editor: Bella