Skip to main content

Jika Suami Merajuk Apa Yang Isteri Patut Buat?


Cara-cara nak buat En suami tersenyum kembali. Maklumlah perkahwinan mesti ada suami dan isteri, kalau selalu kita dengar isteri merajuk jangan terkejut mahkluk bernama suami pun kadangkala ada juga rajuknya.

Berbeza dengan rajuk sang isteri, Orang lelaki walau  merajuk dia ada ego tak banyak pun sikit mesti ada. Bukan susah sebenarnya nak pujuk suami sebenarnya.
Ok, ini tips-tips bagi isteri-isteri yang tengah pening fikir cara nak pujuk suami merajuk.

1 - CARI WAKTU YANG SESUAI

Bisanya benda panas mesti kita kena tunggu sejuk dahulu baru boleh pegang kan?? Macam tu la juga bila apabila orang marah, kita kena tunggu waktu dah sejuk sikit  dahulu barulah kita boleh cuba untuk dekati.

2 - BIAR DIA LUAHKAN

Bagi suami luahkan apa yang terpendam dalam hati, kalau dia tengah luahkan jangan menyampuk, dengar betul-betul jangan melawan dan cuba hadam apa yang di luahkan. Bila dia dah keluarkan, mungkin rajuknya reda sedikit.

3 - MENGALAH BUKAN KALAH

Suami dan isteri haruslah saling melengkapi antara satu sama lain barulah hubungan rumahtanga tu aman. Kalau dua-dua ego , dua-dua nak tegakkan hujjah , dua-dua tak nak mengalah debat , binasa lah perhubungan. Biar mengalah dulu. Mengalah tu kan bukan kalah. Mengalah tu menang. Dia yang tengah marah tu yang tak boleh kawal perasaan dia , dia tidak kuat sebenarnya walaupun badan, lengan dan perut berketak, tapi lemah dengan hawa nafsu,, nafsu amarah

4 - BIAR SAMPAI DIA SIMPATI

Kalau hidang makanan kat dia , dia tak nak makan , dia tolak pinggan sampai pecah berderai sekalipun , takpe , sabar. Berhari-hari di buat tak layan? Takpe, teruskan doa dan rutin pujukan anda. teruskan hidang makanan atau lipat stok pakaian yang bertimbun (di hadapan dia) atau gosok (seterika) baju dia banyak-banyak untuk persediaan seminggu terus ke, In sya Allah , moga dia terbuka hati dan lahir secebis simpati , terharu dan belas bila tengok usaha anda yang berterusan itu. In sya Allah , lembut juga hatinya yang ego dan keras

5 - MINTA MAAF

Dahulukan minta maaf. Biarlah isteri (mungkin) tak bersalah pun , ingat, anda akan menang besar jika dahulukan minta maaf dan mengalah. Ikut skill masing-masing nak minta maaf. Tulis sekeping nota  ke dalam bekal sandwich dan letakkan dalam kereta senyap-senyap tanpa dia sedari. Haa kan ada elemen surprise situ. Suami sampai pejabat , sedar-sedar je dalam kereta ada bekal sandwich , bila buka bekal tu , nampak pulak nota, cair jugak la sikit

6 - SENTIASA CANTIK DAN BERHIAS

Anda memang sudah cantik di pandangan mata dan hati suami. Sentiasalah pasang badan, tampil cantik-cantik depan suami , dalam rumah, bukan masa di luar rumah sahaja. Kat luar , nak tunjuk pada siapa? Nak suruh siapa puji? Ikhlas ke pujian orang luar tu? Nak pakai sendat-sendat , seksi dan lawa-lawa, bermaskara , gincu 40 inci , sembur perfume , pakai la dalam rumah. Pasang lagu hindustan , geletek sikit dia dan ajak menari , kejar-mengejar pusing meja makan , pun boleh. Jangan lupa , set cantik shaklee pun ada ye

7 - GUNA ANAK

Bagi yang ada anak , boleh manfaatkan strategi guna anak ini. Mungkin boleh suruh anak tanyakan soalan-soalan menyentuh perasaan kepada si ayah. Contohnya : ” ayah , ayah dah tak sayangkan kaklong ke?” , “kenapa ayah marah-marah , adik takut lah” , “ayah , kesian ibu tidur sorang-sorang , nanti ibu nangis hantu datang cekik”

8 - JANGAN TERLALU MENYIASAT


Rumah tangga salah satunya dibina atas dasar kepercayaan dan kejujuran. Sebahagian suami rasa rimas dan marah jika anda terlalu nak menyiasat. Selalu baca mesej telefon dia , selalu selongkar beg dia , selalu stalk facebook dia , cuba nak hack password dia , selalu tanya itu ini. Baru balik kerja , penat-penat , dah kena tanya soalan macam-macam. Ada suami yang tak kisah , tapi kalau suami tak suka dan sudah beri amaran , jangan buat itu semua , maka jangan lah. Kalau dah rasa ragu-ragu dan nak menyiasat sangat , pandai-pandailah pasang strategi. Cari saja penyiasat upahan

9 - GUNA ORANG TENGAH

Orang tengah bukan sebarang orang tengah. Tak perlu menceritakan segala-galanya hal rumah tangga. Tak perlu canang seluruh dunia masalah anda. Itu aib. Jaga maruah anda. Kalau diarajuk berpanjangan dan anda temui jalan buntu , mungkin jalan terakhir anda perlu jumpa orang tengah. orang yang disegani sang suami. Orang yang anda percaya , mungkin suami akan dengar nasihatnya. Jangan salah orang pula. Selidik dulu. Mungkin emaknya. ustaznya , pak ngahnya ?
Bahagia itu , kita yang pilih! Editor : John Castello

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...