7 Gambar Lelaki Taman Kereta Bentley Di Belakang Rumah


Seorang jutawan yang berasal daripada Brazil dipercayai telah menanam sebuah kereta kegemarannya berharga setengah juta ringgit.Menurutnya, dia menanam kereta kesayangannya itu bagi tujuan kegunaan di akhirat kelak.

Jutawan yang berusia 62 tahun ini amat menyayangi kereta jenis Spur Bentley ini sehinggakan bertindak sedemikian rupa.Dipercayai kereta tersebut ditanam di belakang rumahnya.

Ahli perniagaan ini telah mendapat idea ini selepas beliau menonton dokumentari di Mesir Kuno mengenai firaun Mesir.Disitu lah mula tercetusnya idea ini dan ianya sangat menarik perhatian jutawan tersebut.

Beliau membeli kereta baru tersebut dengan harga 310,000 GBP dan telah mula menggali lubang di belakang rumahnya supaya dapat menanam kereta idaman nya itu.

Menariknya, pada tahun 2009 dia telah disahkan  koma selama 63 hari selepas nyaris maut akibat pembedahan diperutnya. Dalam tempoh yang sukar ini, dia telah diumumkan secara sah mati dua kali dan menerima upacara terakhir dari seorang padri. Berikutan kejadian ini, dia menjadi lebih sedar tentang kematiannya, sebab itulah dia memutuskan untuk "menanam" pengangkutan untuk kegunaan di akhirat kelak.Editor : Bella