Skip to main content

Video Cucu' Ip Man Kena Belasah Dengan Jurulatih MMA



Satu video yang berdurasi 3 minit 30 saat menunjukkan satu pertarungan diantara dua jaguh seni bela diri semasa satu pertandingan sedang berlangsung.

Menerusi video erbabit, difahamkan pertarungan itu telah berlangsung di antara jaguh seni bela diri campuran (MMA) dengan seorang pengamal kung fu yang mendakwa waris legenda kung fu, Ip Man dan ternyata video ini sekali lagi menjadi perhatian di China.

Dapat dilihat jurulatih MMA yang dikenali sebagai Xu Xiaodong, 39, telah berjaya menumbangkan Ding Hao, 20, iaitu seorang pengamal seni bela diri Wing Chun dalam satu perlawanan yang dikatakan telah berlangsung di Chengde, Hebei, China pada 18 Mac yang lalu.

Pertarungan yang disiarkan secara langsung melalui Internet itu, melihatkan kelibat Xu yang berusaha beberapa kali untuk menjatuhkan Ding.

Dalam pada itu, Xu telah menjadi popular dan tular pada tahun lalu selepas dia berhasil menewaskan seorang lelaki yang merupakan seorang pakar Tai Chi dalam tempoh tidak kurang daripada 10 saat.

Berdasarkan pertarungan itu, perdebatantelah tercetus di mana terdapat beberapa pihak yang mendakwa sama ada teknik pertempuran moden lebih hebat berbanding seni bela diri tradisional Cina.

Oleh kerana kemenangan yang dikecapinya itu, Xu dipercayai turut berikrar di mana dia mahu membuktikan seni bela diri tradisional Cina adalah satu penipuan dan turut mencabar mana-mana pakar seni bela diri datang menentangnya serta mengalahkannya.

Melalui pertarungan itu, Xu dipercayai telah dicabar oleh Ding di mana Ding mendakwa bahawa dirinya adalah waris keempat Ip Man, iaitu seorang pengawal Wing Chun dan guru bintang seni bela diri yang terkenal iaitu, Bruce Lee. Sumber: Harian Metro, Editor: Maya

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...