Skip to main content

Suami Suka Buang Air Besar Dalam Seluar, Bila Sah Selesai Baru Masuk Blik Air.



Kehidupan berumah tangga kadang kala membawa keindahan namun terdapat juga perkara kecil yang mampu menggugat keindahan tersebut.

Melalui perkongsian kisah suami isteri di bawah ini, di mana isterinya menceritakan mengenai kesah keluh yang terpaksa dihadapinya sepanjang bergelar isteri buat seorang lelaki.

Pada mulanya, pengadu hanyalah meminta untuk diberikan pandangan serta pendapat mengenai realiti hidup yang terpaksa dihadapinya.

Kemudiannya, pengadu yang juga isteri kepada lelaki tersebut menyatakan bahawa dia mempunyai seorang anak sulung yang berumur 3 tahun.

Namun, dia menyatakan bahawa sepanjang tempoh 3 tahun itu, suaminya langsung tidak mengambil berat dan tidak pernah menolongnya untuk menjaga anaknya itu.

“Anak sulung saya berumur 3 tahun. Sepanjang tempoh 3 tahun ni, suami saya langsung xpernah tolong bangun malam2. Contoh buatkan susu, tukarkan pampers. Puas dah cakap, gerak bangun, tapi tetap buat xtahu.”

Pengadu juga turut menyatakan bahawa mereka berdua bekerja di dalam satu sektor pekerjaan yang sama namun suaminya itu sering mengadu keletihan sehingga mengabaikan tanggungjawabnya kepada anak.

“Bila pagi kadang2 sy sakit kepala terlambat bangun n terlewat masak. Dia marah2 hempas2 pintu, hempas2 barang. Sy dgn dia dua2 bkerja dlm sektor yg sama. Kerja mncabar.Dia slalu mngadu letih, xlarat. Tp sy letih xlarat pn sy buat jugak mngenangkan anak.”

Dalam pada itu, pengadu juga menyatakan bahawa sepanjang mengandung, jika dia menginginkan sesuatu makanan dia akan berusaha mendapatkannya sendirian.

Jika dia meminta kepada suaminya sudah pasti dia akan dimarahi kerana bersikap mengada-ngada.

“Saya tengah prengnatkan anak kedua dan skrg usia kandungan sy 4 bulan. Serius sy ckp dr anak pertama lagi klu mengidam nk makan apa2 sy akan usaha sndiri. Sbb sy tahu klu sy mintak suami akan kata macam2. Mengada la, marah la, susah nk dpt la,merungut mcm2.”

“Sungguh sy sedih tpi sy kuatkan hati.xpe sy cari sendiri. Xpun bgtahu mak abah, diorg yg cari kan. Baru sebentar td sy agak terkilan dg suami, sy cuma tnjuk pdnye 1 air yg sedap tp sy xtringin skit pn.sy cuma nk dia tgk. Dia marah2 sy katanye sy nak bnde mngarut2. Bende yg susah dapat. Pastu dia buat xthu.”

Sedih mengenakan nasibnya mendapat suami yang langsung tidak memahami hati seorang wanita atau ibu mengandung.

Selain itu, dia juga turut menyatakan bahawa suaminya itu sangat sukar untuk menunaikan solat 5 waktu yang wajib buat umat Islam.

Dia menyatakan kadang-kadang dia berasa malu mengenakan nasib suaminya itu kerana anaknya yang sulung sudah pandai solat sejak dari umur 1 tahun lagi.

“Macam mn nak suruh die tunaikan solat 5 waktu. Dah bermacam buat. Nasihat, ajak solat skali tetap xendah. Kesiankan anak. Anak pandai solat dr umur 1 tahun sbb lama tinggal dgn mak abah sy. Perangai die sgt berbeza… bila dekat kg sy die akan solat, solat jumaat. Bila ada dekat kg die, die xpernah buat pun. Klu dekat rumah sendiri lagi la.. klu balik keje pukul 5 dengan xmandi, xsalin baju baring depan tv sambil main game…pernah sampai trtido ngn bju2 keje tu dekat depan tv.”

Sungguh, dia menyatakan bahawa dia sangat teringin untuk solat berjemaah bersama-sama dengan berimamkan suaminya namun dia menganggap bahawa semua itu hanyalah angan-anagn yang tidak akan pernah dia dapat.

Selain daripada itu, isterinya juga turut mengadu mengenai perangai dan tabiat pelik yang sangat sukar untuk diterima namun itulah yang dilakukan oleh suaminya.

Dia menyatakan bahawa suaminya itu suka berak atau membuang air besar di dalam seluar.

Perkara itu agak mengotorkan namun itu adalah realiti yang terpaksa dihadapinya apabila bergelar isterinya.

“Maaf agak kotor. Tapi tula realitinye. Dulu mula2 kawen xde n xpenah pn mcm ni. Bila ditanya katanye malas. Cuba bayangkan kite tgh mkn, die tgh menonggeng smbil meneran. Bila dh puas baru masuk blik air. Lebih teruk dr anak dh tengok.”

Oleh kerana tidak tahan dengan perangai pelik yang dimiliki suaminya itu, isterinya memohon agar segala pandangan positif diberikan buat dirinya bertambah kuat dan bersemangat untuk meneruskan hidup di samping suaminya.

“Bantulah sy mungkin ada pandangan positif yg blh bg..kata2 semangat. Sy dah xtahu nk buat mcm mn lagi. Ajak berbincang pn xmnjadi last2 sy jugak yg kene sbb suami sgt panas baran. Sy cuma pikir 1 je mngkin ada habuan sy kt sana nnt… nak kecam pn kecamla sy xkisah. Sy dah bunti sgt2….tolonglah sy…. Terima kasih krt n smua.” Sumber: Kisah Rumah Tangga, Editor: Maya

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...