Skip to main content

Siti Nordiana Akui 'Haknya' Pernah Dirampas Orang.


Kehidupan juara bagi program Gegar Vaganza musim kedua ternyata berubah selepas dia mengakui telah melalui saat-saat yang menyedihkan.

Pernah melalui pengalaman apabila 'haknya dirampas oleh orang lain' menyebabkan penyanyi dan pelakon popular iaitu Siti Nordiana Alias atau Nana, 33, lebih menjaga batas dirinya serta berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan.

Nana yang merupakan seorang ibu tunggal seorang anak turut menyatakan bahawa tidak semua wanita yang rela hidup bermadu dan sanggup berkongsi kasih dengan orang ketiga.

"Sebagai wanita yang pernah melaluinya dulu, ia sesuatu yang menyakitkan. Jadi, saya ambil pendekatan berhati-hati dan tahu menjaga batas diri apabila bekerja dengan lelaki sudah berkeluarga.”

"Memandangkan saya menceburi industri seni sebagai karier, memang tidak dapat elak daripada bekerjasama dengan lelaki sudah berkahwin.”

"Apatah lagi, sekarang saya semakin aktif berlakon dan itu membuatkan penting untuk menjaga batasan pergaulan. Ditambah, status saya sebagai ibu tunggal," ujarnya lagi.

Dalam pada masa yang sama, Nana juga tidak menafikan bahawa urusan jodoh itu semuanya di tangan Allah SWT tetapi dia sangat berharap agar dijauhkan daripada berjodoh dengan suami orang kerana tidak mahu menyakiti hati wanita yang lain.

"Untuk saya, apa yang boleh dielakkan itu maka berusahalah mengelakkannya. Jadi, saya sangat berhati-hati dan menjaga batasan diri ketika bekerja.”

"Malah, sejak sekian lama menjadi ibu tunggal, saya hingga kini belum terfikir untuk jodoh baru. Saya selesa dengan kehidupan dijalani sekarang.”

"Terus-terang, saya memang tak mahu suami orang. Jadi, saya sangat berhati-hati dan menjaga batas pergaulan dalam urusan kerja dilakukan," katanya lagi.

Tambahnya lagi, semua urusan terletak kepada dirinya sendiri selain pada masa yang sama dia menyatakan bahawa dia sentiasa berdoa agar dirinya sentiasa terpelihara daripada melakukan perkara sedemikian.

Terdahulu, Nana pernah berkahwin bersama seorang pelakon iaitu Allahyarham Faizal Yusup pada tahun 2006 namun hubungan mereka tidak kekal lama apabila mereka disahkan bercerai sekitar 2009 selepas melahirkan seorang anak iaitu Muhammad Rayyan Nakhaie, 11.

Namun begitu, arwah Faizal dalam pada masa yang sama telah mendirikan rumah tangga bersama seorang wanita lain dan turut dikurniakan seorang anak.

Selepas kisah penceraian tersebut berlaku, kerjaya seni Nana juga turut merudum buat seketika sehinggakan dia mendiamkan diri begitu lama.

Bagaimanapun, nama Nana sekali lagi melonjak naik selepas anak jati kelahiran Negeri Sembilan ini menjadi juara bagi sebuah program nyanyian iaitu Gegar Vaganza musim kedua (GV2) pada tahun 2015. Sumber: Harian Metro, Editor: Maya

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...