“Penat tau Kak Lina kerja,” - Elly Mazlein Meminta Peminatnya Memperkatakan Tentang Perkembangan Kerjayanya


Penyanyi Elly Mazlein menjadi bualan ramai baru-baru ini mengenai penampilannya yang dikatakan seksi dan ada pihak yang mendakwa dia melakukan pembedahan untuk membesarkan payudaranya.

Menurut Elly dia tidak kisah tentang bualan orang terhadap penampilannya kerana mulut orang tidak dapat ditutup dan menegaskan dirinya memang yang sebenar tanpa sebarang pembedahan.

Katanya, dia tidak akan melenting dan menghormati pandangan semua pihak kerana mereka mempunyai hak untuk bersuara. Apa yang penting Elly atau nama gelarannya kak lina pom pom masih mempunyai ramai peminat yang menyokong kariernya.

Tambah Elly, dia tidak kisah kepada orang yang mengata tentang payudaranya asli atau tidak tetapi dalam masa yang sama meminta peminatnya memperkatakan tentang perkara lain seperti perkembangan kerjayanya.

Sambil ketawa Elly Mazlein berkata “Penat tau Kak Lina kerja,”.

Elly Mazlein turut menceburi bidang mengacara di satu rancangan nyanyian iaitu Mentor Otai dikritik oleh sesetengah pihak yang mengatakan cara penyampaian yang gedik di atas pentas.

"Sebagai pengacara baru, saya tak mampu untuk memuaskan hati semua pihak. Ini merupakan cara saya sendiri dan saya akan cuba memperbaikinya setiap minggu.

"Apa yang penting, pihak produksi berpuas hati dengan apa yang saya cuba sampaikan dan saya menjadi diri sendiri. Insya-Allah, saya akan memberikan hasil kerja yang terbaik setiap minggu," katanya lagi. Sumber:Astro Gempak , Editor:Anna