Powered by Blogger.

Tuesday, March 27, 2018

Padah Berbuat Baik, Anak Jadi Mangsa


Menerusi perkongsian yang di buat oleh Baitus Solehah menerusi laman facebooknya seorang kanak-kanak berusia 13 tahun menjadi mangsa pemuas nafsu seorang lelaki dewasa yang diberi tumpang tinggal rumah keluarga kanak-knak terbabit.

Kanak-kanak tersebut baru menjangkau usia 13 tahun namun sudah hamil hasil dari hubungan yang dijalin bersama lelaki berusia 37 tahun.

Kanak-kanak itu mula melakukan seks pada usianya 12 tahun tanpa pengetahuan ibu bapanya namun semua itu terbongkar apabila ibu bapanya sedar akan perubahan bentuk badannya apabila usia kandungan mencecah enam bulan.

Lelaki yang tidak bertanggungjawab itu adalah orang luar yang ditumpangkan tinggal di rumah keluarga tersebut. Tidak dinyatakan sama ada saudara mara mereka atau bukan.

Ibu bapa haruslah berwaspada dan sentiasa memerhatikan gerak-geri anak serta berhati-hati sekiranya mahu melakukan kebaikan.

Apabila anak-anak yang menjadi mangsa menyesal sudah tiada guna lagi. Editor:Anna