Powered by Blogger.

Wednesday, March 7, 2018

Neelofa Masih Lagi Tersenarai Dalam Ikon Wanita Negara


Nama Neelofa sering kali menjadi perhatian umum masyarakat kerana dia merupakan salah seorang usahawan yang berjaya.

Namun, namanya itu sekali lagi mendapat perhatian umum gara-gara pihaknya iaitu Neelofar Hijab telah melancarkan satu pelancaran tudung 'Be Lofa' di sebuah kelab malam baru-baru ini.

Akibat daripada isu hangat tersebut, ada beberapa pihak menyatakan bahawa nama Neelofa telah digugurkan daripada tersenarai di dalam Ikon Wanita Negara 2018.

Berita pengguguran nama itu dikatakan telah dilakukan oleh pihak kementerian kerana mereka tidak mahu isu Neelofa terpalit dengan anugerah terbabit.

Namun, perkara ini dinafikan sekeras-kerasnya oleh pihak pengurusan Neelofa apabila mereka memberitahu bahawa pihak kementerian masih lagi mengekalkan nama Neelofa sebagai Ikon Wanita Negara.

Difahamkan, terdapat beberapa usahawan terkenal juga turut menerima anugerah terbabit seperti Vivy Yusuf, Datuk Ziela Jalil dan lain-lain lagi. 

Terdahulu, nama Neelofa telah menjadi terkenal apabila dia telah tersenarai di dalam majalah Forbes 30 Under 30 Asia di mana pencapaian tersebut adalah pencapaian terhebat yang dikecapinya. Editor: Iera