Izreen Tidak Terkesan Dengan Kecaman Netizen, Malah Berterima Kasih Kerana Mengambil Berat


Pelakon Izreen Azminda yang dihambat kontroversi selepas keruntuhan rumahtangga suaminya Ude Wahid dan bekas isteri, Intan Liana berterusan dikecam sehingga ada yang mahu memboikot episode yang menampilkan dirinya sebagai artis jemputan dalam rancangan masakan berkata tidak terkesan dengan komen-komen negatif daripada netizen.

Izreen berkata dia berada dalam keadaan yang baik dan menjalani kehidupan seperti biasa serta berterima kasih kepada pihak yang sentiasa mengambil berat tentang dirinya.

“Alhamdulillah, saya jalani hidup seperti biasa dan baik-baik sahaja. Jangan bimbang,” ujarnya ringkas menerusi pesanan WhatsApp.

Isteri pertama Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Wahid sah diceraikan di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, pada 23 Mac lalu.

Hasil perkahwinan Intan dan Ude pada 1 Mac 2013, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Arish Muqri, 3 dan Areq Muqri yang berusia satu tahun.

Pada 8 Ogos 2017 lalu, dalam satu majlis tertutup yang berlansung di Damansara, Petaling Jaya Izreen membuat pengakuan sah menjadi isteri kedua lelaki berkenaan. Bagaimanapon November lalu Intan mendedahkan kepada Utusan Malaysia bahawa dia sanggup hidup bermadu selepas membongkarkan pernikahan rahsia antara Ude dan Izreen.

Izreen dikecam teruk oleh netizen sehingga dilabel sebagai perampas dan punca rumah tangga Ude dan Intan Liana Saleh hancur sehingga pasangan itu sah bercerai talak satu minggu lalu. Sumber:Utusan Online , Editor:Anna