Disamun Dan Ditetak Ketika Sedang Memancing


Satu kejadian telah berlaku baru-baru ini di mana seorang remaja lelaki telah disamun serta turut ditetak ketika dia sedang memancing di Pantai Molek, Pulau Pinang.

Kejadian itu dianggarkan berlaku pada jam sekitar 5.00 pagi apabila remaja terbabit yang dikatakan sedang asyik memancing telah didatangi oleh beberapa orang yang tidak dikenalinya di mana mereka bertindak menyamun barangan serta wang yang dimiliki oleh remaja terbabit.

Remaja terbabit dikatakan sedang memancing di kawasan yang terang iaitu di bawah lampu namun dia tidak menyangka bahawa perkara itu masih lagi berlaku ke atas dirinya.

Mangsa yang tidak dikenali identitinya itu telah mengalami kecederaan di bahagian tangan serta bahagian belakang badannya.

Orang ramai yang berada di tempat kejadian cuba membantu menyelamatkan mangsa dan mangsa segera di bawa ke hospital yang berdekatan untuk mendapatkan rawatan. Editor: Iera