Powered by Blogger.

Tuesday, March 27, 2018

Bapa Maut, Anak Cedera Parah Di Kepala


Satu kemalangan yang melibatkan sebuah motosikal dan treler telah menyebabkan penunggang motosikal terbabit meninggal dunia kerana parah di bahagian kepala, manakala anak kepada mangsa cedera.

Kejadian berlaku di Jalan Bukit Minyak, Bukit Mertajam, kira-kira jam 11 pagi semalam.

Mangsa, Azmirul Abu Bakar,36 disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala anak lelakinya, Muhammad Haziq Asyraff, 3, kini dirawat di Hospital Bukit Mertajam.

Ketika kejadian berlaku, dipercayai treler terbabit keluar dari simpang kanan untuk masuk ke jalan Bukit Minyak menghala ke Alma.

Bagaimanapun treler terbabit dikatakan terlajak ke lorong bertentangan ketika sedang susur keluar dari simpang berkenaan.

Ketika itu, mangsa sedang menunggang motosikal di lorong bertentangan melencongkan kenderaannya dan melanggar tayar belakang treler terbabit sebelum tergilis treler tersebut.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Editor:Anna