7 Orang Budak-Budak Sekolah Dihadapkan ke Mahkamah.

Kredit Foto Sinar Harian

PULAU PINANG- Tujuh orang kanak-kanak telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Balik Pulau kerana mereka menunggang basikal lajak dalam keadaan yang bahaya. Basikal lajak mereka juga telah diubah suai sepenuhnya mengikut kehendak masing-masing.

Masing-masing berusia diantara 14 dan 15 tahun.Walau bagaimanapun, kanak-kanak tersebut telah pun mengaku bersalah setelah pertuduhan dibacakan kepada mereka.

Setelah meneliti kes ini, ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A. Anbalagan berkata. Ketiga-tiga kanak-kanak ini telah dikenakan sama RM400 bagi setiap seorang atas kesalahan 42(3) LN 166/59 -Kaedah Lalulintas 1959.

Selain itu, kanak-kanak ini juga dipercayai menunggang basikal lajak yang tidak mempunyai break dan loceng ianya boleh mengundang bahaya kepada mereka sekiranya berlaku kemalangan yang tidak diingini.Atas kesalahan ini mereka dikenakan pertuduhan 42(1)LN 166/59 -Kaedah Lalulintas 1959.

Seorang kanak-kanak dipercayai gagal menghadirkan diri dan tiga lagi kanak-kanak yang berusia bawah 12 tahun telah di rujuk kepada pihak pendakwa raya kerana mereka masih dibawah umur untuk dibicarakan. Masing-masing yang hadir telah ditemani oleh penjaga mereka.

Pihak mahkamah telah menetapkan tarikh 30 Mac untuk perbicaran semula kes kepada empat kanak-kanak tersebut.

Pada hari Ahad lalu, kira-kira pukul 11 malam kanak-kanak ini telah ditahan oleh pihak polis kerana menunggang basikal lajak dalam keadaan yang berbahaya semasa turun dari bukit di Jalan Titi Serong-Batu Hitam,Balik Pulau.

Pihak polis turut menyita basikal kesemua kanak-kanak ini sebelum dibawa ke balai polis. Editor: Ila.Sumber:Sinar Harian