Skip to main content

10 Laman Web Yang Mengerikan Dan Seram Untuk Ditonton.



Internet merupakan medium utama untuk kita mencari segala maklumat yang diperlukan. Rata-rata pelajar sekolah rendah juga telah didedahkan dengan penggunaan internet disekolah. Jadi tidak heran lag jika anak-anak kita lebih pandai menggunakan computer berbanding dengan kita.

Namun, tahukah anda ada segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab telah menjadikan internet sebagai satu medium ‘gelap’ dan mengerikan untuk pengguna kunjungi.

Ada juga di antara laman web yang mengandungi unsur yang tidak bersesuai dengan umur pengguna yang akan mengakses web tersebut.

Tahukah anda, ada juga sesetengah laman web yang menawarkan perkhidmatan pembunuh upahan, jual beli ‘barang’ dari buatan kulit manusia dan menjual organ dalaman manusia dan sebagainya.

Sehingga kini, laman web berkenaan telah disekat ,kerana ianya mengganggu orang ramai dan boleh memberi kesan bahaya berpanjangaan.

Sumber yang diperoleh dari laman Alltime10s di laman YouTube, terdapat 10 laman web yang dikatakan sangat mengerikan di dalam dunia. Nak tahu laman web apa? Mari kita baca.



Pertama ,Rent-a-Hitman

Laman web ini dilarang untuk diakses adalah kerana ianya menawarkan khidmat pembunuh upahan (Hitman).

Dengan menggunakan kaedah “encrypted web browsers” pengunjung boleh menggunakan khidmat pembunuh upahan dan bayarannya adalah bergantung kepada servis yang diberikan. Servis yang pertama adalah Broken Bone (mencederakan mangsa dengan mematahkan tulang)bayaran yang dikenakan adalah US$ 50(RM 195) atu menggunakan servis yang kedua iaitu Light Shake Down (mencederakan mangsa sehingga cedera serius)bayaran untuk perkhidmatan ini adalah US$ 350( RM 1371), dan servis yang terakhir adalah servis Assassination ( membunuh mangsa) dan bayaran yang dikenakan adalah US$ 20.000 (RM 78)

Pembayaran boleh dibuat hanya melalui Bitcoin,kerana kaedah ini susah untuk dijejaki. Namun, laman web ini memiliki peraturan “perikemanusian”, iaitu pembunuh tidak boleh membunuh orang yang berusia di bawah 16 tahun dan juga 10 tokoh popular di dunia.




Kedua ,Plane Crash Info.

Plane Crash Info adalah laman web yang mengumpulkan rakaman suara dan transkrip dari kemalangan pesawat dan rekod kemalangan tersebut tidak disengajakan sejak dari tahun 1960-an. Laman web ini juga, telah mencecah 65,000 pengunjung setiap bulan.

Salah satu daripadanya adalah rakaman suara semasa serangan pengganas,peristiwa ini berlaku pada 9/11 di Amerika Syarikat.



Ketiga, Creepypasta

Laman web sangat popular kerana merupakan laman web cerita seram online dengan 610,000 pengujunh pada setiap bulan.

Cerita yang paling seram dan mengerikan adalah kisah Slenderman,iaitu dimana seorang lelaki tinggi lampai yang kerap menculik kanak-kanak dan membunuh mereka di dalam hutan.

Namun,kisah ini telah memberikan kesan buruk kepada remaja. Pada tahun 2014, seorang remaja yang berusia 14 tahun telah membunuh rakan sekelasnya dengan menikam mangsa sebanyak 19 kali.

Pada tahun yang sama, seorang kanak-kanak telah membakar seluruh keluarganya. Lebih mengerikan lagi adalah, mereka berdua adalah pengunjung aktif Creepy pasta dan mereka sebenarnya telah terpengaruh dengan adegan yang terdapat didalam cerita tersebut.


Keempat, Cannibal Cafe

Cannibal Cafe,merupakan satu laman web yang hampir disekat di seluruh negara. Laman web ini merupakan satu forum online yang di tubuhkan pada 1994. Forum ini sangat berbeza dengan forum-forum yang lain kerana kebanyakkan pengunjung yang mengunjungi laman web ini adalah manusia yang memiliki nafsu untuk “ memakan daging manusia” ianya dikenali sebagai kanibalistik.

Forum ini juga menawarkan perkhidmatan untuk membeli daging manusia secara online. Lebih dahsyat lagi, pengunjung juga boleh menawarkan diri untuk dimakan. Laman web ini telah pun dipadam pada tahun 2002 selapas berlakunya kejadian kanibalistik di German.



Kelima,Hurtcore.

Laman web merupakan laman web yang memaparkan gambar-gambar yang mengerikan (sadis) atau disturbing picture yang menampilkan foto dan video keterlaluan (ngeri).

Laman ini, selalu mendapat lebih dari 700,00 pengunjung pada setiap bulan. Paling sadis lagi laman web ini pernah memuat naik satu video yang berdurasi 5 minit ini, dikatakan menyiksa seorang wanita di Jepun. Namun pihak berkuasa sempat menyiasat video berkenaan.


Keenam, Suicide Guide

Suicide Guide merupakan laman web terlarang yang menawarkan cara-cara untuk bunuh diri bagi para pengunjung. Laman web telah dikecam oleh orang ramai.

Lebih tak masuk akal lagi, laman web ini menawarkan risiko melalui peratusan yang diberikan jika pengguna memilih cara bunuh diri yang paling berkesan.


Ketujuh, Shaye Saint John

Shaye Saint John adalah tokoh fiksi yang direka oleh artis Eric Fournier pada tahun 1968-2010 Ianya digambarkan sebagai satu bentuk patung yang menakutkan. Shaye adalah seorang supermodel yang telah mengalami kemalangan kereta api.

Namun, akhirkan dia menggunakan patung manikin yang dimainkan oleh Fournier sendiri.Setelah Fournier meninggal dunia, laman web ini semakin berkurangan pengunjungnya.

Selepas kematian Fournier, laman web ini kelihatan kemas dengan reka bentuk kuno dan dipenuhi dengan gambar Shaye yang amat menakutkan.


Kelapan,Pro Ana.

Pro Ana merupakan satu laman web yang berunsurkan forum online dimana pengunjung yang menyokong gaya hidup anorexic dan bulimic. Dimana, wanita atau lelaki diajar supaya tidak makan berhari-hari supaya mendapat bentuk badan yang diingini.

Selain itu, Pro Ana juga memberikan tips agar para pengunjungnya tidak makan selama dua minggu supaya boleh kurus secara semula jadi. Salah seorang daripada pengakses laman ini dikatakan telah meninggal dunia selepas mengikuti tips diet yang diberikan.


Kesembilan, Human Leather

Human Leather merupakan laman web yang berasal daripada Belanda. Laman web ini juga menyediakan barangan dan aksesori fashion seperti beg tangan, dompet, kasut dan jaket kulit yang semuanya diperbuat daripada kulit manusia.

Laman web ini juga,menggunakan kulit mayat yang didermakan beg yang dijual di laman web ini berharga AS $ 27,000.


Kesepuluh, Opentopia

Opentopia sebuah laman web haram yang membolehkan pengguna mengakses kamera pengawasan dibeberapa tempat di dalam negara. Namun, tidak semua kamera boleh diakses,hanya boleh memilih kamera pengawasan yang ada di bangunan atau rumah tertentu sahaja. Editor: Ila Hakimi

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...