Powered by Blogger.

Saturday, February 10, 2018

Tips Kecantikan Wajah Menggunakan Tomato Dan Cara-cara Penggunaannya


Setiap wanita tidak terlepas dari berbicara tentang kecantikan dan pastinya ramai yang sanggup berhabisan wang dan masa untuk kelihatan cantik di khalayak umum.

Selain produk yang dijual di pasaran, barang-barang yang terdapat di dapur untuk kegunaan harian dalam masakan juga boleh dijadikan sebagai sumber kecantikan dan antaranya adalah buah tomato.

Tomato terdapat banyak khasiat seperti vitamin A, B1 dan C. Seperti yang kita ketahui, tomato kaya dengan bahan antioksida semulajadi yang baik untuk kesihatan serta dapat mencegah penyakit seperti kanser prostat, kanser paru-paru, kanser perut serta sakit jantung.

Likopen adalah antioksida yang terdapat dalam tomato yang mana dapat membantu mencerahkan kulit serta menjadikan kulit lebih bersinar. Ia juga melindungi kulit daripada sinaran uv yang boleh membuatkan kulit kita menjadi rosak.

Berikut adalah cara-cara penggunaan tomato pada kulit wajah dan antaranya adalah sebagai masker wajah. Potong buah tomato dan ambil isi dalamnya kemudian gosok pada wajah dan biarkan selama 10-15 lalu bilaskan dengan air suam.

Selain itu, amalkan jus tomato kerana ianya membantu mencerahkan kulit dari bahagian dalam.


Tomato juga berfungsi sebagai agen astrigen dengan cara campurkan jus timun dan tomato dalam jumlah yang sama kemudian sapu pada seluruh wajah dan lakukan perawatan ini dengan teratur.

Kandungan khasiat dalam tomato juga membantu untuk mengurangkan lebihan minyak, menghaluskan dan memberi nutrisi pada kulit.

Tomato kaya vitamin A dan C yang berkesan untuk menghilangkan jerawat dengan cara potong tomato jadi dua dan kemudian sapukan pada jerawat. Biarkan selama satu jam dan kemudian bilas dengan air.

Seterusnya tomato dapat menyembuhkan radang kulit akibat terdedah pada sinaran matahari. Parutkan setengah tomato dan campurkan dengan dua sudu besar dadih lalu sapukan dengan rata pada bahagian badan yang sering terdedah pada sinar matahari. Bilas selepas setengah jam.

Tomato dapat membantu mengecilkan liang pori yang besar yang boleh menyebabkan kotoran terkumpul pada kulit wajah. Sapukan campuran satu sudu besar jus tomato dan tiga titis jus lemon pada kulit wajah. Picit dalam gerakan putaran dan biarkan selama 15 minit lalu bilas dengan air yang bersih.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua pembaca. Editor:Anna