Ribuan Penonton Membanjiri Starxpo Centre Kenanga Fashion Mall Untuk Menyaksikan "Konsert Sheila On 7 - Live In Kuala Lumpur "


Sheila On 7 merupakan band Indonesia yang popular menerusi lagu Sephia kembali menggamatkan pentas Starpox Kenanga Fashion Mall, Kuala Lumpur malam tadi setelah dua tahun.

Seramai 7,000 penonton telah membanjiri konsert Sheila On 7 yang diadakan secara lansung di Kuala Lumpur.

Sheila On 7 telah mengotakan janji mereka dengan membuat peminat terbuai dengan lagu malar segar seperti Aku, Dan, Sephia, Melompat Lebih Tinggi dan Berhenti Berharap.

Duta yang merupakan vokalis band tersebut menghiburkan peminat Malaysia dengan pelbagai aksi hipster viral masa kini antaranya 'dab'.

Band kelahiran Jogjakarta itu telah mengubat kerinduan dihati peminat yang setia bersama mereka selama 22 tahun dengan membuat keletah bersahaja.

Sepanjang konsert tersebut berlansung terdapat beberapa momen menarik antaranya peminat sudah membanjiri perkarangan Starxpo Centre Kenanga Fashion Mall untuk menyaksikan Konsert Sheila On 7 - Live In Kuala Lumpur seawal pukul 6 petang lagi.

Keadaan trafik di luar Bangunan itu menjadi sesak kerana hujan turun dengan lebat dan juga penonton beratur beberapa ratus meter di sekeliling ruang parkir tingkat 13A untuk menuju ke pagar masuk konsert tersebut.



Konsert tersebut terpaksa dimulakan agak lewat sekitar jam 9.15 berikutan masalah yang dihadapi.

Pentas tersebut dibuka dengan penyanyi baru Natasha menerusi tiga buah lagu antaranya Never Enough, Menghitung Hari dan Repeat.

Sebaik sahaja Sheila On 7 mengambil tempat di atas pentas penonton menjerit sekuat hati dan mereka didendangkan dengan 15 buah lagu dari Sheila On 7 termasuk lagu baharu mereka Film Favorit.



Setelah selesai konsert tersebut, penonton terpaksa berjalan menuruni tangga ke bahagian parker memandangkan lif hanya dikhaskan untuk penonton VIP dan jalan kembali sesak apabila penonton berpusu-pusu untuk pulang. Sumber:Astro Gempak , Editor:Anna