Skip to main content

Majikan Durjana Biarkan Amah Tidur Dikandang Anjing


BUKIT MERTAJAM: Seorang warga Indonesia telah diperlakukan seperti binatang oleh majikannya sendiri selepas dikurung dan dipaksa tidur selama sebulan di luar rumah bersama anjing, selain dimarahi dan dipukul serta tidak diberi makan.

Demikian itu adalah nasib yang menimpa wanita berkenaan dan kejadian itu dipercayai berlaku di Taman Kota Permai, Pulau Pinang.

Nasib malang yang telah berlaku sejak tiga bulan yang lalu itu bagaimanapun telah berakhir apabila dia telah diselamatkan oleh pihak berkuasa apabila mendapat maklumat daripada orang awam termasuk jiran di kawasan berkenaan.

Menurut sumber juga, mangsa yang ditugaskan untuk menjaga ibu majikan terbabit telah diperlakukan seperti binatang dan kejam apabila dia ditemui dengan kesan lebam di kepala serta pelbagai kecederaan lain di bahagian tangan dan juga kedua-dua kakinya.

Jiran kepada majikan terbabit berkata mangsa yang hanya dikenali sebagai Adelina, 21, itu telah dilihat apabila dia dibiarkan tidur di lantai luar depan rumah dengan hanya beralaskan tikar buruk.

Sebaik sahaja melihat keadaan mangsa yang semakin menyayat hati itu, dia terus bertindak memaklumkan perkara berkenaan kepada Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim, yang mana pihaknya telah menghantar tiga pembantunya untuk meninjau situasi itu.

Menurut Sim, sebaik sahaja pihaknya sampai di lokasi kejadian sekitar jam 4 petang semalam, mereka melihat mangsa sedang duduk di lantai di hadapan rumah dan apabila mereka menyoalnya dia langsung tidak menjawab, sebaliknya hanya menganggukkan kepala dalam keadaan lemah.

Dalam pada masa yang sama, jiran di kawasan berkenaan juga turut mendakwa bahawa dia sering terdengar jeritan majikan tersebut memarahi mangsa.

"Kami cuba bercakap dengan seorang wanita berusia 60-an yang dipercayai ibu kepada majikannya yang berada di dalam rumah dan memberitahu mahu membawa mangsa mendapatkan rawatan di hospital."

"Wanita berkenaan sebaliknya memarahi kami dan menyuruh kami agar tidak mencampuri urusan keluarganya dan memberi nombor telefon bimbit anaknya," katanya.

Pihak berkuasa juga dipercayai menunggu majikan yang juga anak kepada wanita berkenaan kembali ke rumah jam 6 petang, sebelum dia juga mengaku bahawa dia pernah menampar mangsa beberapa kali sebelum ini.

"Ketika ditanya mengenai kecederaan dialami mangsa, dia memberitahu bahawa ia adalah kesan bahan kimia yang digunakan pembantu rumah itu untuk membersihkan saluran paip rumah yang tersumbat."

"Namun dakwanya, ketika diberikan ubat untuk diletakkan pada luka tersebut, dia tidak mengendahkannya membuatkan luka itu bernanah," katanya.

Hasil daripada maklumat yang dikumpul, pihaknya mendapati bahawa mangsa sering dimarahi majikannya hingga lewat malam dan kadangkala akan tidur di luar rumah dengan hanya mengenakan baju dalam dan juga seluar.

"Kami mendapat tahu yang beberapa pembantu rumah pernah bekerja di situ tetapi berhenti sebaik tiga bulan kerana tidak tahan kerenah majikannya."

"Mangsa merupakan yang paling lama bekerja di situ, mungkin tidak melarikan diri kerana takut dengan majikannya," ujarnya.

Berdasarkan laporan daripada Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, beliau memberitahu bahawa pihaknya telah berjaya menahan dua suspek yang juga adik beradik yang berusia 36 dan 39 tahun sebelum kesemua mereka direman selama dua hari bagi menjalankan siasatan lanjut.

Kes ini bagaimanapun akan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata. Sumber: Berita Harian, Editor: Ira


Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut