Powered by Blogger.

Saturday, February 10, 2018

Laman Mencari Jodoh Sekat Pemintaan Lelaki Ini, Gara- Gara Wajahnya Menyerupai Johan Raja Lawak.


Akibat memiliki wajah yang agak seiras dengan  pelawak nombor satu di Malaysia iaitu Johan Raja Lawak, Syaffiq atau nama sebenarnya Mohammad Syaffiq Md Zali,27 merupakan seorang pereka grafik bebas di Muar, Johor dikatakan menggunakan gambar pelawak terkenal itu di sebuah laman mencari jodoh.

Syaffiq juga didakwa telah menghantar email dan menyatakan bahawa itu adakah gambar miliknya bukan gambar pelawak tersebut seperti yang didakwa oleh admin portal mencari jodoh tersebut.

Katanya, selepas 24 jam portal mencari jodoh itut telah menghantar email kepadanya dan meminta dia untuk menukar gambar miliknya sendiri tidak boleh menggunakan gambar artis mahupun gambar orang lain.

Walau bagaimanapun, dia tidak pernah mengambil serius tentang tindakan portal mencari jodoh tersebut dan merasakan peristiwa tersebut merupakan sesuatu yang agak melucukan didalam hidupnya.

Selain itu , Syaffiq juga pernah berjumpa dengan pelawak terkenal tersebut semasa menonton persembahan beliau. Namun , disebabkan Johan berasa letih beraksi di atas pentas tidak perasan bahawa wajah mereka hampir serupa.

Syaffiq juga mengakui selepas kejadian itu, ada beberapa wanita mula mendekati dirinya. Nampak sama tapi bukan dia ya. Sumber : Facebook Syaffiq TaTam. Editor Ila