Skip to main content

Anak Kembar Dituduh Cium Mulut, Sajat Naik Berang


Umum mengetahui bahawa Nur Sajat atau lebih mesra dengan panggilan Sajat sering kali memuat naik mengenai kehidupannya bersama keluarga di media sosial. 

Baru-baru ini telah viral satu gambar di mana Sajat berniat untuk menunjukkan keakraban kedua-dua anak kembarnya di laman sosial Instagram. 

Bagaimanapun, perkara itu telah menjadi isu hangat kerana gambar yang dimuat naik itu telah dikecam hebat oleh para netizen.

Akibat tidak tahan dengan kutukan tersebut, Sajat bertindak menutup ruangan komen di Instagramnya namun gambar tersebut telah menjadi tular di laman sosial Facebook.

Dengan kenyataan ‘Kasih yang ku berikan membuahkan hasil sebuah ikatan keluarga’, anak angkat lelaki Sajat, Syahmi dan anak angkat perempuannya, Syaza itu dikatakan bercium mulut oleh netizen.


Tidak hanya sekadar berhenti di situ, ada yang mengatakan bahawa Sajat tidak memberikan didikan yang sempurna kepada kedua-dua anaknya itu sebaliknya telah mendedahkan kanak-kanak itu dengan perkara terkutuk.

“Walaupun adik-beradik, tak boleh cium macam tu. Dikhuatiri berlaku sumbang mahram. Walaupun masih kecil, jika jadi kebiasaan… jadi lain pula dah besar nanti,”kata seorang netizen.

Untuk menjawab semua cemuhan itu, Sajat kemudiannya bertindak mengemaskini keterangan gambar tersebut bagi memberi penjelasan kepada netizen yang mengecamnya.

“Ini gambar Syahmi cium pipi, bukan cium mulut. Tengok betul-betul, Syahmi cium adiknya kat pipi, bukan cium mulut.

“Kadang-kadang yang komen tu semua nak menyakitkan hati orang. Lagipun Syaza dan Syahmi baru 2 tahun,” tulisnya.

Dalam pada masa yang sama, Sajat juga menyuruh netizen supaya perhatikan betul-betul gambar tersebut untuk melihat dengan lebih jelas.

“Kalau tak nampak sangat, pergi ‘zoom’ luas-luas kat mana Syahmi cium. Di pipi, bukan mulut!,” tegas Sajat kepada mereka yang berani mengutuk anak-anak angkatnya itu. Sumber: Mynewshub. Editor: Ira






Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...