Skip to main content

Wanita Tabur Benda Misteri Di Jalan Raya. Tak Lama Kemudian 2 Kemalangan Maut Terjadi Yang Mengorbankan Banyak Nyawa



Kemalangan sering kali dikait kan dengan tempat-tempat yang dikatakan 'keras'. Sesebuah kemalangan juga selalu nya ada cerita-cerita mitos yang tertentu di daerah tersebut.

Namun masih ada sesetengah orang Indonesia yang masih tidak percaya dengan perkara seperti ini.Tetapi ada kalanya kejadian dan mitos ini ada benarnya, seperti akan muncul benda-benda aneh sebelum atau sesudah kemalangan terjadi,terutamanya apabila kemalangan itu melibatkan nyawa.

Di sini terdapat cerita-cerita misteri di sebalik pelbagai jenis kemalangan maut yang pernah terjadi di beberapa daerah di Indonesia. Ada yang mengesyaki mereka telah terbunuh.

Kemalangan maut di Jalan Cagak, Nagreg, Bandung. Kemalangan lalu lintas ini berlaku pada hari Rabu (6/9/2017) ,dan selang kurang dari 24 jam berlaku dua lagi kemalangan di jalan yang sama. Kedua-dua trak ini ada muatan berat yang mengalami masalah break,dan pemandu trak tersebut maut semasa kemalangan.



Kemalangan maut di Nagreg, Bandung. Sehari sebelumnya ada seorang perempuan yang menabur beras dan garam

Sebelum kemalangan berlaku, dipercayai ada seorang wanita yang menabur beras,garam dan air di atas jalan raya itu.Wanita itu dikatakan bukan warga setempat. Namun,semasa orang ramai mahu mendekati nya wanita ini lari dan penduduk setempat tidak mengejarnya. Kononnya, di Jalan Cagak sering berlaku perkara mistik,seperti orang menabur beras,bunga ,kemeyan dan sebagainya. Ia nya dikatakan sebagai satu pemujaan untuk mencari angka kematian untuk kepentingan tertentu.



Kemalangan maut di Kintamani, Bali. Sebuah kereta APV tenggelam di Danau Batur.

Sebuah kereta jenis APV,dipercayai telah terbabas di Danau Batur,Bali,pada hari Isnin (18/7/2017).Kereta sewa ini membawa rombongan pelancong dari Tangerang.Mereka bercuti di Bali dan melawat Makam Trunyan. Namun, sebaik sahaja mereka balik dari makam tersebut,kereta yang membawa seramai 7 orang penumpang ini mengalami kemalangan semasa melalui jalan di Perkampungan Trunyan,kereta yang mereka naiki tiba-tiba mati dan terjatuh ke dalam tasik Batur.

Kejadian ini telah meragut 3 nyawa dan salah satu dari nya selamat dan sempat menceritakan perkara pelik ini sebelum kemalangan berlaku. Mangsa berkata semasa mereka dalam perjalanan balik dari Makam Trunyan,merek telah diekori oleh seorang atuk. Dipercayai salah seorang dari pada pelancong telah melanggar pantang semasa mereka berkunjung ke makam itu.

Perkara ini diceritakan oleh salah seorang dari penduduk setempat,Ketut Jaksa. Menurut kepercayaan penduduk setempat,pelancong sememangnya tidak dibenarkan membawa apa sahaja barang dari Makam Trunyan. Kesemua barang yang ada di situ tidak boleh dibawa ,dipindahkan atau pun dibersihkan. Walaupun niat kita baik untuk membersih kan barang tersebut, belum tentu caranya betul.



Jumaat (14/7/2017)pada waktu pagi sekitar jam 2.30. Berlaku kemalangan maut di antara sebuah bas dan trak di Jalan Pantura Probolinggo, Situbondo. Kejadian itu telah mengorbankan 10 nyawa dari penumpang bas Medalia Mas. Kejadian ini juga tidak lepas dari cerita mistik nya dipercayai oleh penduduk setempat bahawa lokasi kemalangan adalah sebuah pintu masuk ke sebuah alam ghaib milik Dewi Lanjar.

Kejadian ini diceritakan oleh penduduk setempat, Gus Imam, orang pertama yang telah menyelamat kan mangsa. Gus mengaku dia telah merasakan satu petanda buruk sebelum kemalangan ini. Menurut lelaki berusia 40 tahun ini, kemalangan ini sama seperti kemalangan yang pernah berlaku semasa Hari Raya Aidilfitri tahun lepas.Dia juga menasihati penduduk setempat supaya berhati-hati di malam tersebut,

Gus Imam selalu menjalankan meditasi dan pemujaan mistik. Dia bercerita lokasi kejadian adalah pintu masuk ke kerajaan ghaib yang dihuni oleh Putri Dewi Lanjar. Dan jalan yang menjadi lokasi kejadian juga boleh dikatakan agak berhantu kerana banyak makhluk melalui jalan tersebut.

Jika melalui jalan ini jangan mengelamun dan jangan berfikir yang bukan-bukan.Imam juga mengatakan bahawa dia sering mendengar suara seperti orang berjalan di laluan tersebut.



Kemalangan di Ciloto,Puncak ,pada hari Minggu (30/4/2017), telah mengorbankan 11 nyawa. Seorang penjaga warung bernama, Mak Acih, terlihat kelibat bebola api yang terbang menuju ke arah lokasi bas yang masuk ke jurang.

Bukan itu sahaja, ibu yang berusia 78 tahun ini juga mengatakan pernah mendengar suara rintihan, seperti orang menangis. Dia juga sering diganggu selama tinggal di kawasan Puncak.Malam selepas beberapa hari kejadian, warungnya seperti ada seseorang yang cuba mengetuk pintu tetpi apabila dilihat tiada orang diluar.

Warga setempat juga percaya bahawa kawasan Ciloto Puncak memang ada penghuni kerana selalu berlaku kemalangan. Mereka juga mengatakan jin-jin yang berada di sana marah kerana kawasan nya sering menjadi tempat maksiat dan makhluk ini meminta nyawa dari mereka dengan terjadinya kemalangan. Kawasan ini sememangnya banyak villa,hotel dan para pekerja seks. Jadi tidak heran lah jika kawasan ini sering berlaku kemalangan.



Isnin petang (5/9/2017), kemalangan maut kereta angkut masuk ke dalam parit dan telah mengorbankan 16 nyawa. Pemandu dikatakan selamat dan menceritakan pengalaman mistiknya . Ia berlaku sebelum keretanya mengalami kemalangan, dia (pemandu) sempat melihat seorang anak kecil yang bermain di tepi jalan cuba untuk menyeberangi jalan. Tiba-tiba dia terkejut dan bergerak ke kiri, lalu terlanggar sebatang pokok dan terbalik.

Peliknya, semasa dia menceritkan kepada penumpang lain yang selamat,hanya dia sahaja terlihat kanak-kanak tersebut. Namun dari penumpang lain yang terselamat,10 minit setelah tercampak ke arah semak samun ,merek terlihat beberapa anak kecil yang melihat ke arahnya dari tepi jalan.Apabila di lihat buat kali kedua anak-anak kecil itu sudah tiada.

Ini adalah beberapa kemalangan maut yang mempunyai kisah misteri di sebaliknya. Di nasihati agar memandu lebih berhati-hati untuk mengelakkan kemalangan berlaku. Sumber: Yukepo. Editor: Ila

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...