Menjadi seorang ibu ketika masih lagi remaja dan usia perkahwinan masih terlalu muda merupakan perkara biasa yang terjadi dalam kalangan masyarakat pada zaman moden ini.
Namun, tidak dapat dinafikan perkara sebegini juga turut wujud di negara-negara yang membangun.
Kisah ini telah dikongsi oleh seorang ibu muda yang mana dia telah hamil ketika berusia 14 tahun manakala teman lelakinya pada ketika itu berusia 17 tahun.
Anak mereka sekarang sudah pun berusia 2 tahun dan dia menceritakan kesusahan dan rintangan yang dihadapinya sepanjang hidupnya bergelar ibu muda.
"Menjadi ibu bapa adalah salah satu perkara yang paling penting dalam hidup saya namun dalam pada masa yang sama saya kehilangan banyak kawan, mereka tidak mahu memberi tumpuan kepada bayi kecil ini," katanya.
"Kami tidak mahu orang melihat bahawa kami berada dalam kekacauan dan tidak mahu orang ramai menganggap kami ibu bapa yang tidak baik.”
Wanita hebat ini dikenali sebagai Shanon yang mana dia menceritakan pengalaman buruk yang dialaminya ketika dia hamil termasuk ketika salah seorang jururawat menolaknya saat dia mengalami sakit perut selama beberapa minggu sebelum bersalin.
"Saya ingat dia berkata kepada saya, 'Oh, Anda tidak akan tahu seperti apa rasanya persalinan, anda terlalu muda.'"
Shanon juga memberitahu bahawa dia disuruh oleh jururawat terbabit untuk pulang ke rumah tetapi atas saranan seorang bidan dia kembali semula ke hospital.
"Saya menjalani pemeriksaan ultrasound dan cecair amniotik saya pecah, saya tidak tahu apa yang mereka lakukan. Bayi saya berada dalam rahim selama tiga hari tanpa air.
Dalam pada masa yang sama satu laporan menunjukkan bahawa kadar kehamilan remaja di Britain telah menurun sebanyak setengah dalam lapan tahun yang lalu, tetapi masih tinggi di Eropah.
Sebanyak 5.483 dari 632.048 isu bersalin di negara Inggeris pada tahun 2015 dicatatkan dan 16 daripadanya terjadi dalam kalangan ibu-ibu muda yang masih berusia remaja malahan angka ini merupakan yang terendah sejak dimulainya pencatatan tentang kehamilan remaja tahun 1960-an.
Faktor-faktor yang mempengaruhi turunnya isu kehamilan dalam kalangan remaja adalah melalui pendidikan seks yang lebih baik, sikap yang lebih terbuka untuk berbicara tentang seks, ditambah lagi sistem sosial secara dalam talian dalam kalangan remaja.
Peraturan-peraturan baru juga turut diterbitkan oleh Public Health England, di mana ia menjelaskan apa yang perlu dilakukan oleh pihak berkepentingan dalam menangani orang muda, dengan 10 faktor utama dan senarai supaya dapat menilai keadaan semasa mereka sekarang, mengenal pasti jurang dan tindakan.
Aturan tersebut meliputi sistem pendidikan yang lebih baik, latihan profesional untuk kesihatan, di mana dapat membantu remaja yang mengalami masalah hamil di usia yang muda.
Dalam pada masa yang sama, Shanon juga berharap agar pihak kerajaan mengambil kira dan turut menyediakan jalan yang dapat membantu remaja muda untuk lebih mengetahui mengenai proses bersalin.
Tambahnya lagi, dia kini mampu untuk tersenyum dengan kehidupannya di samping mampu untuk bersama dengan anaknya dan ini tidak mematahkan semangatnya untuk hamil lagi. Editor: Amira