Lelaki Disaman Kerana Bina Kereta Salji.


KANADA – Seorang lelaki dikenakan saman kerana membina replika kereta yang diperbuat daripada timbunan salji.

Suspek yang bernama Simon Laprise membina kereta salji yag diinspirasikan daripada filem Back To The Future di tepi jalan sebagai satu bentuk usikan namun akhirnya menerima akibat daripada perbuatannya itu.

Katanya dia melakukan itu hanyalah untuk membuat lawak kerana ianya adalah hari yang indah.

Menurut Laprise, ini bukan kali pertama dia melakukan perkara itu kerana pernah melakukannya pada hari pembersihan salji.

Lelaki itu membiarkan replika kereta tersebut berhari-hari sepanjang ribut salji berlaku.

Kereta salji itu kelihatan sama seperti kereta sebenar sewaktu polis melakukan rondaan untuk melihat kereta yang diletakkan di bahu jalan semasa kerja pengalihan salji dilakukan.

Mereka mengeluarkan saman dan meninggalkannya di atas cermin hadapan yang juga diperbuat daripada salji.

Menurut laporan United Press International, Laprise yang merasakan perkara itu lucu bertindak memuat naik mengenai hal tersebut di Facebook dengan menulis "Muahahaha,". Editor :Farhana