Gara-Gara 'Mobile Legend' Suami Isteri Bergaduh.


Permainan video iaitu 'Mobile Legend' semakin menjadi kegilaan masyarakat tanpa mengira muda mahupun tua.

Baru-baru ini, gara-gara ketagih bermain permainan terbabit, sepasang suami isteri dipercayai bergaduh dan turut bermasam muka.

Menerusi satu pengakuan yang dibuat di laman Kisah Rumah Tangga, seorang wanita yang namanya tidak dinyatakakan telah meluahkan rasa yang terpendam dengan memberitahu bahawa dia dan suaminya mula meminati ‘Mobile Legend’ selepas memuatnaik permainan tersebut sebulan yang lalu.

Namun begitu, sebaik sahaja bermula masing-masing dikatakan bermula dari peringkat yang bawah.

“Saya dengan husband main Mobile Legend, lepas update awal bulan 1 aritu, kami dua turun rank”.

“Saya turun elite, dia turun master.” katanya.

Dalam pada masa yang sama, wanita berkenaan turut menambah bahawa mereka berdua berusaha sehabis mungkin untuk ke peringkat seterusnya sehingga sampai ke peringkat master.

Namun apa yang mengejutkan wanita terbabit adalah ketika dia melihat suaminya itu sudah ke tahap 'grandmaster'.

Lalu, dia terus bertanyakan mengenai hal itu kepada suaminya.

“Abang, awak push ranked seorang ke? Tak ajak saya pun”.

Suaminya membalas, “Saje je”.

Namun begitu si isteri merasa terkilan dengan jawapan yang diberi.

“Abang push sebab abang tak nak sama rank dengan saya kan? Abang tak nak saya lebih kan?”

Perkara sebegini dianggap sekadar gurauan oleh suaminya namun tidak bagi si isteri di mana isterinya  sekadar mendapat 'MPV' tetapi dalam pada masa yang sama si suami terus-terusan menganjing isterinya itu.

Wanita terbabit turut mendakwa bahawa tindakan suaminya itu membuatkan hatinya sedih dan juga remuk kerana tidak dapat ke peringkat seterusnya dalam permainan terbabit.

“Dia suka pakai odette, dia patut assist saya, tapi dia selalu suruh saya jaga mid sorang-sorang even ada MM lain. Dia takut saya KS dia la tu.”

Rata-rata netizen merasakan perkara sebegini tidak sepatutnya diviralkan kepada umum dan tindakan isteri yang merajuk gara-gara permainan tersebut sepatutnya tidak berlaku. Sumber: Kisah Rumah Tangga, Editor: Amira