Gambar Pelik Keluarga Jadi Tular


MISSOURI – Baru-baru ini heboh di media sosial apabila satu gambar pelik milik sebuah keluarga telah tular di media sosial kerana ia dikatakan telah disunting oleh jurugambar yang bertanggungjawab menangkap gambar keluarga terbabit.

Menurut laporan daripada Tomo News, Pam Dave Zaring iaitu salah seorang ahli keluarga terbabit telah membayar $ 250 kepada seorang jurugambar profesional untuk mengambil gambar mereka sekeluarga dan apabila gambar tersebut dicuci, mereka tidak menyangka bahawa gambar tersebut akan menjadi sedemikian rupa.

Apabila mereka menyoal jurugambar terbabit, mereka diberitahu bahawa pencahayaan yang teruk telah menyebabkan gambar tersebut nampak mengerikan walaupun keadaan cuaca ketika penggambaran cerah.

Sebaik sahaja menerima gambar tersebut, Pam Dave Zaring kemudiannya memuat naik gambar itu ke laman Facebook dengan status “Okay, ini bukan jenaka.”

Status yang di muat naiknya itu kemudiannya telah menjadi tular dan ianya telah dikongsi lebih dari 380,000 kali sejak ia pertama kali di muat naik pada 12 Januari.

Beberapa pengguna laman sosial juga berpendapat bahawa kemungkinan ini merupakan idea pemasaran untuk mempromosikan perniagaan jurugambar terbabit.

Seorang wartawan Kansas City Star Max Londberg menulis, beberapa penyelidikan telah dijalankan ke atas jurugambar tersebut dan mereka mendapati bahawa akaun LinkedIn yang dikaitkan dengan perniagaan fotografi tersebut adalah di bawah nama Lesa Hall.

Menurut akaun tersebut, Lesa Hall of St.Louis telah mempelajari teknik-teknik fotografi di kolej.

Di samping itu, perniagaan fotografi yang terdapat di laman sosial Facebook juga turut dipenuhi dengan gambar yang dilakukan dengan suntingan yang hampir sama.

Malahan, gambar Donald Trump iaitu Presiden Amerika juga turut menjadi bahan suntingan bagi Lesa Hall. Sumber: SuaraTV, Editor: Amira