Skip to main content

Farid Kamil Jalani Proses Rawatan Kesihatan Di PPUM.


PETALING JAYA: Nama seorang pelakon menjadi hangat baru-baru ini apabila dia telah ditangkap atas kesalahan yang dilakukannya itu.

Datuk Farid Kamil telah menjadi viral kerana dia telah menampar seorang pegawai polis di samping turut mencederakan dua orang awam di sebuah balai polis di sekitar Damansara.

Namun, setelah dibebaskan, dia kini sedang menjalani proses rawatan kesihatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Farid atau nama sebenarnya adalah Farid Kamil Zahari, 37, berkata dia sangatlah bersyukur kerana semua urusannya telah dipermudahkan namun dia tidak berkongsi kepada umum mengenai rawatan yang dilakukannya itu.

"Alhamdulillah semuanya okey. Proses rawatan juga berlangsung dengan baik. Terima kasih kepada semua yang mendoakan," katanya.

Pelakon tersebut dikatakan telah menjalani rawatan dan pemeriksaan di PPUM sebaik sahaja dia dibebaskan daripada tahanan pada 16 Januari yang lalu.

Difahamkan, Farid telah dibawa ke pusat rawat tersebut selepas mendapat nasihat daripada dua orang adiknya iaitu Fadzil Zahari yang juga merupakan seorang pelakon dan seorang lagi adiknya Dr. Anis Anwar.

Menerusi laporan berita Mstar Online, Farid mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan memasukkan dadah jenis THC (Tetra Hydrocannibol) ke dalam badan, menyebabkannya dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM 3, 000.

Dadah berkenaan yang dimaksudkan ialah daripada kumpulan kanabis atau ganja.

Dalam pada itu, mahkamah telah menetapkan sebutan semula kes ini sama dengan tarikh sebutan empat tuduhan jenayah yang lain pada 5 Mac hadapan.

Dalam pada masa yang sama, Farid juga turut didakwa dengan empat pertuduhan termasuk menampar seorang anggota polis trafik di Balai Polis Kota Damansara pada 11 Januari lalu dan dibebaskan dengan ikat jamin RM12,000 pada 16 Januari lalu. Sumber: Mstar Online, Editor: Amira

Image result for farid kamil

Image result for farid kamil

Image result for farid kamil

Related image

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut