9 Gambar: Lelaki Temui Ajal Di Belit Ular Sawa


BANTING- Seorang lelaki yang maut dipercayai akibat dibelit seekor ular sawa di Jalan Haji Ibrahim pada awal pagi tadi.

Menurut Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Alimaddia Bukri ,berkata mangsa yang dikenali sebagai Zaim Khalis Kosnan,35,telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Pihak kami telah menerima panggila kecemasan pada jam 4.08 pagi dan tiba di lokasi kejadian lima minit kemudian selepas panggilan kecemasan itu diterima.

"Sebaik sahaja pasukan penyelamat kami sampai di lokasi kejadian, kami menemui seekor ular sawa sepanjang 2.4 meter dan sudah pun mati akibat dipukul oleh orang awam,"katanya.

Menurut laporan,mayat mangsa kini masih berada di Hospital Banting untuk proses bedah siasat. Editor: Ila