Skip to main content

Tragedi Hitam - Diculik Serta Di Jadikan Hamba Sek Selama Seminggu


ALOR SETAR: Kuala Sungai Yan seorang remaja perempuan menempuh detik hitam apabila menjadi mangsa culik serta di kurung didalam stor di sebuah rumah sejak empah hari.

Bagaimanapun penderitaan mangsa berusia 17 tahun itu berakhir apabila pasukan khas anggota Bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah menyerbu sebuah rumah di Kuala Sungai Yan, Yan, jam 6.00 pagi tadi.

Mangsa berusia yang berusia 17 tahun itu turut di rogol ketika dikurung didalam stor berkenaan, mangsa di selamatkan dalam operasi jam 6.00 pagi tadi.

Kesemua suspek yang di tahan berusia dalam lingkungan awal 20 hingga 50-an. Remaja tersebut di coleh pada isnin lalu di sekitar tempat.
  
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Farid Al Athrash Wahid, berkata seorang daripada suspek yang di tahan adalah yang disenaraikan sebagai penjenayah paling dikehendaki kerana terbabit dalam jenayah kekerasan, samun, pecah rumah dan pengedaran dadah.

Katanya, “siasatan yang di jalankan mendapati suspek utama kes tersebut yang berusia 50-an mempunyai 33 rekod kes lampau.

"Mangsa turut mengadu dirogol selepas diculik dan dikurung," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mior Farid berkata, pihaknya juga merampas barang disyaki dicuri iaitu dua kereta dan motosikal berkuasa tinggi, pelbagai jenis topi, telefon bimbit, peralatan televisyen dan monitor serta unit pembesar suara.

"Suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 342 Kanun Keseksaan kerana pengurungan secara salah," katanya. Sumber: Berita harian Online, Editor: Atila Atasha

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut