Skip to main content

Setelah Punggung Diraba, Model Rayssa Beli Insurans Punggung


Seorang model bikini yang bergantung kepada punggungnya untuk menghasilkan wang, dikatakan sanggup beli insurans sebanyak RM1.2 juta demi melindungi asetnya selebar 110 sentimeter (cm) itu.

Rayssa Teixeiro Melo, merupakan model bikini dari Brazil. Selain memperagakan bikini, dia juga seorang penari dan juga pemakanan.


Dia dikatakan membeli insurans selepas insiden dia diraba ketika muncul menerusi rancangan televisyen yang disiarkan secara langsung sekitar Februari lalu.

Menurutnya, dengan adanya jaminan skim insurans itu, dia akan dapat melindungi maruah punggungnya sekiranya berlaku kemalangan atau diraba lagi.

Katanya, "saya perlu mempertahankan punggung saya, ia adalah 110 cm." Bagaimanapun punggung Rayssa bukannya punggung asli sebaliknya telah disuntik dengan silikon.

Rayssa merupakan antara model yang popular di negaranya dan mempunyai sejumlah 526,00 pengikut dalam laman sosial Instagram miliknya.

Namun selepas punggungnya diraba dalam rancangan televisyen pada Februari lalu, dia dikatakan memutuskan untuk membeli insurans terbabit.

Difahamkan semasa dalam rancangan TV tempatan itu, Rayssa telah mengamuk dan menumbuk hos rancangan berkenaan sebelum meninggalkan set program berkenaan.

Ketika itu Rayssa dijemput untuk menunjukkan cara penggunaan krim badan dan dia telah memberikan peringatan bahawa hanya bahagian perut, tangan dan kakinya sahaja yang boleh disentuh.

Namun hos itu telah bertindak dengan menyentuh punggungnya menyebabkan Rayssa telah menumbuk lelaki itu kerana biadab dan tidak menghormatinya. Sumber: Mynewshub.cc. Editor: Atila Atasha

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut