Skip to main content

Kapal Yang Penuh Maksiat Akhirnya Timbul Selepas 80 Tahun.


Satu tragedi kapal karam telah berlaku disebabkan oleh ribut taufan yang dashyat telah membadai kapal tersebut, pada 80 tahun yang lalu.

SS Monte Carlo atau juga dikenali sebagai 'kapal dosa' dikatakan telah karam di tengah-tengah laut sempena hari Tahun Baru pada tahun 1937.

Kapal ini digelar 'kapal dosa' kerana merupakan sebuah kapal yang menjalankan kegiatan pelacuran dan perjudian secara tidak terkawal.

Tetapi apabila ombak besar melanda, sauh kapal tersebut dikatakan telah hilang cengkamannya menyebabkan kapal terbabit hilang pertimbangan lalu hanyut dan tersadai di kawasan pantai Coronado di San Diego, California.

Ekoran dari itu, pelbagai barangan kapal seperti perabot, botol arak dan juga mesin judi bertebaran ke kawasan pesisir pantai dan menyebabkan ramai orang telah mengambil kesempatan dengan membawa pulang barangan tersebut.

Namun difahamkan, hanya dua individu yang berjaya diselamatkan dan memandangkan kapal tersebut menjalankan kegiatan yang tidak sah di kawasan perairan antarabangsa, maka tiada pihak yang berani tampil ke hadapan.

Dalam pada itu, taufan yang melanda juga telah menyebabkan kapal tersebut karam dan sehingga kini masih lagi kekal di dalam 'perkuburan lautan.'

Fenomena El Nino yang berlaku pada tahun 2016 telah menyebabkan sebahagian besar kapal tersebut muncul dari dasar laut setelah sekian lama terkubur.

Pasir yang selama ini menutup kapal tersebut telah terhakis sekali gus mendedahkan bahagian kapal karam sepanjang 90 meter tersebut akibat ribut El Nino.

Terdapat beberapa laporan yang diterima daripada para pengunjung tentang penampakan ' wanita yang sedang menari di atas meja', menurut Pengarah Eksekutif Muzium Sejarah dan Seni Coronado, Joe Ditler.

Namun ada juga beberapa spekulasi mengenai kewujudan wang syiling yang dianggarkan bernilai melebihi RM600,000.

Jelas Ditler kepada San Diego Union Tribune, "ada seorang lelaki memberitahu saya bahawa dia melihat banyak duit syiling bertaburan di atas lantai kapal tersebut."

Bangkai kapal tersebut dikatakan boleh dilihat dari kawasan tepi pantai ketika air surut.

Para pelancong dan penduduk tempatan juga dilihat sering mengunjungi serta memanjat bahagian kapal tersebut walaupun telah diberi amaran oleh pasukan penyelamat pantai Coronado. Editor: Atila Atasha



Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...