Ibu Bapa Terkejut Anak Meninggal Hidup Semula


NEW DELHI - Sepasang suami isteri terkejut apabila mendapat tahu bayi mereka yang meninggal dunia tidak lama selepas dilahirkan tiba-tiba hidup semula ketika dibawa untuk dikebumikan.

Ibu kepada bayi tersebut, Varsha Bidawat, 21 telah melahirkan sepasang bayi kembar yang dipercayai tidak cukup bulan di sebuah hospital swasta di Shalimar bagh pada 30 November lalu.

Dimaklumkan bahawa bayi perempuan tersebut disahkan meinggal dunia tidak lama selepas dilahirkan dan bayi lelak itu pula meninggal dunia semasa menerima rawatan.

Setelah dimaklumkan kematian anak kembarnya, doktor dikatakan telah membungkus mayat bayi itu dan diletakkan di dalam plastik, kata suami Varsh, Aashish Kumar.

Difahamkan, ketika mayat anaknya dibawa ke tempat pengebumian tiba-tiba plastik yang mengandungi bayi lelaki itu bergerak.

"Selepas itu kami terus menghentikan kenderaan dan membuka bungkusan itu sebelum mendapati bayi itu bergerak-gerak."

"Kemudian kami terus bergegas ke sebuah hospital berhampiran dan doktor memaklumkan bahawa bayi lelaki itu masih hidup," katanya.

Ujarnya lagi, bayi itu seberat 75 gram dan kini ditempatkan di unit rawatan rapi kanak-kanak.

Dalam pada itu, pihak berkuasa memberitahu bahawa kes itu sedang disiasat dan pihak hospital terbabit mungkin bakal dikenakan tindakan sekiranya didapati cuai. Sumber: Harian Metro. Editor: Atila Atasha.