Akhirnya Izreen Azminda Jawab Isu Kahwin Suami Orang


Pelakon Izreen Azminda merasa kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang cuba mengeruhkan keadaan justeru melibatkan dirinya yang dikhabarkan sudah pun mendirikan rumah tangga dengan seorang pemuzik berstatus suami orang baru-baru ini.

Difahamkan, pelakon berusia 32 tahun itu telah pun mengaturkan satu sidang media pada minggu hadapan di sebuah lokasi di Damansara.

Jelasnya, “sejujurnya hal tersebut terlalu sensitif untuk dinyatakan kepada umum. Bagaimanapun, sebagai seorang selebriti, saya sedia faham setiap inci gerak-geri akan menjadi perhatian. Malah sebagai orang sudah matang dalam industry, saya juga sedia faham kerja pengamal media.                                                                                              

“Namun saya jadi kesal dan sedih apabila hal ini berlaku di luar pengetahuan. Sebab kalau boleh, biarlah situasi ini dieprjelaskan terlebih dahulu menerusi sidang media yang akan dibuat,” kata Izreen.

“Insya-Allah kami akan hadir bersama dan apa yang akan dijawab nanti, biarlah ia dijelaskan pada waktu itu saja.”

“Fasa ini agak sukar untuk kami lalui, ditambah dengan pelbagai isu tidak benar yang mulai disebarkan. Doa yang terbaik untuk kami dan semoga sidang media itu nanti akan memperjelaskan segalanya.”

“Buat masa sekarang, saya lebih selesa berdiam diri supaya tidak menjatuhkan air muka mana-mana pihak. Banyak hati yang perlu dijaga dan kalau boleh, saya harap lepas sidang media itu nanti semuanya akan kembali neutral, ujar Izreen. Sumber: Sinar Harian. Editor: Atila Atasha