LUMUT - Warga emas maut kereta di pandunya
bertembung dengan sebuah lori. Kemalangan berlaku di batu 11, segari dekat sini
petang tadi.
Lebih kurang jam 3.30 petang itu, mangsa
Chong Peng Ho 68 tahun meningal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di
beberapa bahagian anggota badan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi
Superintendan Chong Bhoo Khim, berkata siasatan awal yang di jalankan mendapati
lori yang di pandu lelaki berusia 44 tahun itu dari arag Segari menghala ke
Pantai Remis manakala mangsa dari arah bertentangan.
“Di saat tiba di lokasi kejadian, di
percayai kenderaan mangsa tiba-tiba hilang kawalan dan memasuki laluan
bertentangan, katanya.
"Pemandu lori itu membrek namun tidak
sempat mengelak lalu melanggar kereta mangsa di bahagian hadapan.
"Akibat kemalangan itu mangsa disahkan
meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori berkenaan tidak
cedera," katanya ketika dihubungi hari ini.
“Mayat mangsa di bawa ke unit Forensik
Hospital Seri Manjung untuk tindakan lanjut, katanya lagi.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan
Penyelamat Perak, berkata anggota Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis
menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 3.52 petang sebelum sepasukan
anggota yang diketuai Pegawai Bomba Subki Yusuf bersama jentera bergegas ke
lokasi.
Katanya, pihaknya mendapati mangsa tersepit
dan anggota bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan
menyelamat.
"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh
pasukan perubatan dan mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk
tindakan lanjut. Sumber: Metro, Editor: Atila Atasha