Skip to main content

Pengunjung Selamatkan Pekerja Wanita Dari Dibaham Harimau

Mangsa Menjerit Dan Cuba Melawan Harimau Itu
RUSIA - Seorang wanita yang merupakan pekerja di Zoo Kaliningrad Rusia berdepan saat ngeri apabila melihat seekor harimau Siberia yang besar menyerangnya ketika membawa makanan.

Menurut laporan mStar Online, harimau tersebut menyerang seorang pekerja wanita ketika dia sedang membawa makanan untuk harimau berusia 16 tahun itu, dengan gambar-gambar menunjukkan dia terbaring ketika dirinya hampir dibaham.

Tetapi wanita berkenaan bernasib baik apabila orang ramai yang terkejut melihat kejadian itu menjerit, melempar batu, malah membaling meja dan kerusi dari kafe berdekatan untuk mengalih perhatian harimau itu yang dipanggil Taifun.

Wanita itu berjaya lari ke bahagian selamat di kawasan tersebut.

Penjaga zoo dari Kaliningrad, Rusia yang tidak dinamakan itu cedera teruk di banyak bahagian badan sebelum dikejarkan ke hospital, tetapi dia dijangka selamat.

Seorang saksi berkata: "Mukanya berdarah. Dia menjerit dan cuba melawan binatang itu."

Pekerja zoo lain tidak dilihat ketika serangan berlaku dan jelas sekali tindakan pelawat telah berjaya menyelamatkan nyawa mangsa.

Harimau Siberia itu, spesis terbesar di dunia sepatutnya dikurung di bahagian lain ketika wanita itu membawa makanannya.

Tetapi timbul masalah teknikal, menyebabkan haiwan itu yang digambarkan sebagai 'yang tua' dapat menyerang.

Seorang jurucakap berkata: "Haiwan itu memasuki kandang ketika penjaga ada di situ. Ia menyerang manusia."

Ketika mangsa bersembunyi, kakitangan zoo lain tiba di tempat kejadian dan menembak sedatif ke arah harimau tersebut.

Jurucakap kementerian kesihatan tempatan berkata mangsa berada dalam keadaan, keadaannya dinilai stabil tetapi kritikal. - mStar Online

Mangsa Menjerit Dan Cuba Melawan Harimau Itu

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...