Skip to main content

Pakar Tangkap Jin Dan Hantu Jarak Jauh Pertama Di Dunia.

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki mendakwa bahawa dirinya merupakan seorang pakar dalam penangkapan jin serta hantu melalui kaedah jarak jauh .

Menurut lelaki terbabit yang dikenali sebagai Sa'ad Jaafar berusia 44 tahun seorang pakar menangkap jin, orang ramai yang mempunyai masalah berhubung kemunculan hantu dikawasan kejiranan mereka bolehlah menghubungi beliau jika mengalami masalah berkenaan.

Sa'ad mendakwa bahawa dia mampu menghentikan gangguan hantu melalui jarak jauh tanpa perlu berada di kawasan tempat kejadian.

Menurut Sa'ad lagi, dia hanya melakukan penangkapan hantu berkenaan melalui pusat rawatannya sahaja dan tidak memerlukannya berada di lokasi gangguan hantu tersebut.

"Saya tak perlu ada secara fizikal di sesuatu tempat untuk menangkap hantu. Sebelum ini, yang paling jauh ialah saya tangkap jin di Sabah," ujarnya.

Sa'ad memberitahu bahawa pusat rawatan yang diberikan nama iLahana miliknya itu merupakan sebuah pusat rawatan pertama yang menawarkan perkhidmatan menangkap jin dan hantu melalui jarak jauh.

Menurut laporan mStar Online, Sa'ad memulakan perkhidmatan itu pada 2015 dengan dibantu oleh Mohd Azim Adam berusia 46 tahun dan beliau turut mendakwa sudah membersihkan hampir 300 kawasan di seluruh negara dari gangguan jin.

Menurut Sa'ad, dia dan pembantunya menyimpan jin yang ditangkap di sebuah lokasi rahsia berhampiran sebuah mansjid.

"Kita simpan hantu dan jin berhampiran masjid untuk menggalakkan mereka bertaubat," ujarnya.

Untuk sesi selama dua jam, Sa'ad mengenakan upah sebanyak RM200. Namun, pelanggan boleh membayar mengikut kemahuan mereka.

Katanya, cara biasa bagi melawan jin adalah dengan menggunakan garam dan lada hitam.

Namun, penggunaan bahan itu tidak berupaya untuk menangkap sebaliknya hanya boleh menghalau sahaja.Ujarnya lagi, kawasan hutan, air terjun, tasik dan sungai merupakan lokasi kesukaan makhluk itu. - mStar Online

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...