Khairy Jamaluddin Mengamuk Di Instagram


PETALING JAYA: Seorang individu yang cuba mengambil kesempatan mempromosikan produknya di ruangan komen pada gambar yang di muat naik oleh Menteri belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin telah di bidas oleh Khairy.

Peniaga terbabit dikatakan telah mempromosikan produk menambah ketinggian pada ruangan komen gambar yang di muat naik oleh Khairy di Instagram sehingga membuatkan Khairy 'mengamuk'.

Menurut mStar Online, Khairy telah memuat naik gambar sebuah gunung dengan kapsyen 'For whom these bells toll' tiga hari lalu dan mendapat kira-kira 21,137 like di kalangan pengikutnya.

Malah ramai turut memuji keindahan gambar yang dimuat naik itu.

Namun ada perkara yang menarik tumpuan pengikutnya apabila Ahli Parlimen Rembau itu mengecam tindakan peniaga secara dalam talian yang mempromosi produk itu di ruangan komen gambar tersebut.

"Please don't promote your fake s*** on my Instagram. Tak ada produk yang boleh tambah ketinggian untuk orang dewasa," tulisnya dalam ruangan komen tersebut.

Pada masa sama, Khairy mengancam untuk membuat laporan kepada Kementerian Kesihatan mengenai produk jualan tersebut.

"It's a con job and I am going to report you to Kementerian Kesihatan," katanya.

Khairy turut menegaskan peniaga dalam talian itu tersalah pilih pelanggan untuk produk jualannya.

"Plus you salah pilih oranglah. I'm 182cm tall. Almost 6ft," katanya.

Terdahulu, peniaga tersebut yang menggunakan akaun Instagram product_sihat.my dilihat cuba menjual produknya menerusi kaedah promosi menerusi ruangan komen laman media sosial ahli politik tersebut sebagaimana pernah dilakukan peniaga lain.

"Nak tinggi ke ? Jom tengok insta kitaorang dan Whatsapp : +6016 XXXXXXX atau wechat: product_sihat. PXXXX DIXXXX nak tunggu ape lagi ? JOMM," tulisnya.

Komen berani Khairy itu bagaimanapun mendapat sokongan dan pujian di kalangan netizen.

Seorang pengguna Instagram @annnadzir berkata,"@product_sihat.my kan dh mendapat !..hello ini tall dark and handsome le.

"@mhd.azim berkata,"@product_sihat.my... HAHAHAAHAHH KAN DAH MENDAPAT!!.. Anyway im 13 and 170cm tall." - mstar online