Skip to main content

Jahanam FAM Tanpa Bantuan Tunku Ismail

Selepas Datuk Jamal Nasir Ismai menegur isu kemerosotan prestasi dan ranking skuad kebangsaan disebabkan penghijrahan pemain bintang ke Johor Darul Ta'zim, tapi hari Datuk Hamidin Mohd Amin mendedahkan FAM berdepan masalah kewangan sekiranya Tunku Ismail tidak datang membantu.

Menurut laporan Harian Metro, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mendedahkan badan induk itu akan berdepan masalah kewangan sekiranya Tunku Ismail Sultan Ibrahim melepaskan jawatan sebagai presiden.

Hamidin menjelaskan, ia termasuk hutang RM49 juta yang ditanggung FAM ketika ini selain tiada duit untuk tahun depan.

“Sekarang ini ada banyak syarikat yang hendak meletakkan duit disebabkan kepimpinan Tunku Mahkota Johor (Tunku Ismail). Jika baginda angkat kaki, pastinya syarikat berkenaan yang hendak membuat pelaburan RM60 juta, RM70 juta atau RM80 juta, semuanya akan menarik diri.

“Apabila perkara sedemikian berlaku, maka semakin teruklah pasukan yang bertanding. Kerana ideologi baginda untuk memberi RM6 juta hingga RM7 juta kepada setiap pasukan yang bertanding.

“Kemungkinan pada tahun pertama akan diberi RM3 juta dahulu. FAM yang terdahulu memberi paling banyak pun tidak sampai RM400,000, namun Tunku Mahkota hendak memberi RM3 juta untuk tahun pertama dan tahun kedua, seterusnya meningkat sehingga mencecah RM6 juta hingga RM7 juta.

“Tetapi jikalau baginda tiada, penaja akan keluar (menarik diri). Baginda tidak akan susah kerana JDT sentiasa berduit, tetapi bagaimana dengan pasukan lain pula? Jadi kalau hendak menilai, buatlah penilaian dari segi realistik,” kata Hamidin dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain itu, Hamidin turut menjelaskan betapa gurauan Tunku Ismail yang mengatakan beliau hanya bekerja separuh masa sebagai presiden FAM adalah benar.

Katanya, semua EXCO bukan sahaja di FAM, malah dalam persatuan negeri juga bekerja separuh masa.

“Jadi ia (gurauan Tunku Ismail) memang betul, kerana tugas dan tanggungjawab pertama baginda adalah berkhidmat kepada negeri Johor.

“Baginda adalah Tunku Mahkota Johor. Oleh itu, bola sepak bukanlah kerja sepenuh masa baginda. Mengapa ramai yang begitu mengada-ngada sangat? Saya lihat apabila penyokong kita mencaci, memaki dan segala perkara seperti ini secara jelas menunjukkan negara kita bukan seperti negara maju. Ia seperti ‘low class minded’,” katanya. - Harian Metro

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...